Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDILFITRI DARI WILAYAHKINI !

Selamat Hari Raya Aidilfitri -Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Wilayahkini kepada semua pembaca yang beragama Islam.Wilayahkini berharap - warga kota Kuala Lumpur yang akan balik ke kampung- pandulah dengan cermat dan pastikanlah langkah - langkah keselamatan. Pada masa yang sama para pembaca Wilayahkini boleh menghantar ucapan Salam Aidilfiti di Wilayahkini - melalui emel ucapan Salam Aidilfitri bersama gambar ke wilayahkini@gmail.com . Kepada calon - calon yang akan bertanding - juga boleh menghantar pesanan dan amanat mereka bersama gambar. SALAM AIDILFITRI !

SAMBUTAN RAYA DAN BAHANG KEMPEN PEMILIHAN DI PERGERAKAN PUTERI LEMBAH PANTAI !

LEMBAH PANTAI -- Pertarungan sengit di peringkat Puteri UMNO Lembah Pantai memeriahkan lagi sambutan hari raya Aidilfitri di Bahagian Lembah Pantai tahun ini. Sepertimana yang kita sedia maklum pertembungan antara Nolee Ashilin Radzi dan Norasyikin Jaafar bagi merebut jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai semakin hebat dan panas apabila dikhabarkan kedua - dua calon memiliki peluang yang sama 50 - 50 untuk menang.
Walaupun Nolee yang bergelar seorang ADUN dan menjawat jawatan yang penting di pergerakan Puteri Nasional tetapi rata - rata perwakilan puteri di Lembah Pantai mengambil faktor kecemerlangan berkhidmat , kredibiliti calon dan yang penting ialah faktor " Orang Lembah Pantai". Sementara itu, bagi melihat nama - nama senarai calon yang akan bertanding di peringkat Puteri Lembah Pantai Sila Klik S I N I
Sementara itu, Penyandang Ketua Puteri Lembah Pantai Zalina Tan Sri Abdul Halim ( GAMBAR ) dalam ucapan hari rayanya menyeru semua pihak meneruskan perjuangan Puteri UMNO Lembah Pantai. Untuk rekod, Zalina tidak bertanding Ketua Puteri diatas faktor had kelayakan umur di Puteri.

Sunday, September 28, 2008

KINI NEGARA MENUNGGU TARIKH 9 OKTOBER ; AKAN ADA KEJUTAN DARI PAK LAH ? KEPUTUSAN MESYUARAT MT JADI TANDA TANYA !

ANALISIS
Mesyuarat tergempar majlis tertinggi UMNO jumaat lepas telah meninggalkan pelbagai persoalan dan misteri politik yang belum dijawab lagi. Penangguhan perhimpunan agung UMNO ke bulan Mac tahun depan juga menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi. Malah sejak pengumuman jumaat lepas - dua hari telah berlalu ( semalam dan hari ini ) keadaan politik UMNO menjadi sunyi sedikit.Malah tidak banyak program yang dihadiri kedua - dua tokoh yang menjadi watak utama dalam kancah politik negara ketika ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kemelut UMNO mungkin akan " berhenti rehat" buat sementara bagi memberi laluan kepada sambutan hari raya? Apapun semua tumpuan kini tertumpu kepada Pak Lah dan tarikh 9 Oktober - sebelum mesyuarat bahagian bermula di mana Pak Lah telah berjanji akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding Presiden ataupun tidak.Walaupun sudah ada ura - ura yang kuat yang mengatakan Pak Lah tidak akan bertanding tetapi dalam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku. Apakah akan ada satu lagi kejutan selepas ini ? Para pemerhati politik pula melihat - mengikut kajian dan analisis perkembangan mesyuarat majlis tertinggi jumaat lepas - " mungkin ada sesuatu " selepas ini.
Sementara Langkah MT dikatakan cetus " misteri" berbanding rungkaian. Sila baca -mStar

Saturday, September 27, 2008

FACEBOOK WILAYAHKINI DI LANCARKAN ; DAFTARLAH SEBAGAI AHLI KELAB WILAYAHKINI !

KUALA LUMPUR -- Diatas permintaan pelbagai pihak, WILAYAHKINI telah melancarkan FACEBOOK WILAYAHKINI mulai hari ini.Ini membolehkan para pembaca untuk berkongsi pendapat, persahabatan dan lain - lain lagi disamping itu kita dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim dikalangan para pembaca melalui pembentukan KELAB WILAYAHKINI melalui FACEBOOK ini.Mereka yang berminat sila ke laman www.facebook.com dan sila taip "Wilayahkini" dalam ruangan " Search" untuk didaftarkan sebagai rakan Facebook Wilayahkini. Anda juga akan dapat meihat logo Wilayahkini dalam ruangan Facebook Wilayahkini.

WANITA SETIAWANGSA : PENAMPILAN RAHANA DAN NORSIAH BUATKAN HAIRUNNISHA KELAM KABUT ; PERTARUNGAN SENGIT DAN MENCEMASKAN ; RAHANA AKAN BUAT KEJUTAN ?

SETIAWANGSA -- Siapa lebih cekap , berhemah dan berkaliber ? begitulah percaturan politik di peringkat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa yang menyaksikan pertarungan yang sengit kali ini apabila Naib Ketua Wanita Rahana Ishak akan menentang bosnya Hairunnisha Bivee atau lebih dikenali sebagai " Kak Ani ".
Walaupun sebelum persidangan cawangan di mulakan, sudah ada ura - ura yang mengatakan Rahana akan menentang Hairunnisha tetapi penambilan Rahana ke gelanggang pertarungan dengan penuh strategi dikatakan telah membimbangkan Hairunnisha untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanitanya kali ini.
Rahana dikatakan akan turun ke padang bersama Ketua UMNO Cawangan KLSC, Norsiah Kamaruddin yang akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita. Norsiah akan berdepan dengan Normah Awang dari Cawangan Jalan Air Jernih. Gandingan " Rahana dan Norsiah " dikatakan sudah mula mendampingi para perwakilan dengan pendekatan " mesra wanita" dan di lihat mempunyai peluang untuk membuat satu kejutan kali ini. Perang saraf mesra wanita - sudah mula meresapi para perwakilan wanita kali ini.
Manakala Kak Ani yang dilihat sebagai seorang pemimpin wanita yang penuh berpengalaman di Wilayah Persekutuan - dikatakan nampak tenang dan sudah membaca gerakan - gerakan dari pihak lawan . Beliau juga difahamkan oleh Wilayahkini , sudah bersiap sedia dari semua aspek untuk mempertahankan jawatanya.Sebagai penyandang Ketua Wanita , Kak Ani memang dikatakan mempunyai peluang " lebih sedikit" untuk menang namun fenomena politik wanita di Setiawangsa dikatakan tidak menentu.
Sementara itu, ada juga cakap - cakap yang mengatakan Kak Ani tidak banyak memberikan fokus di peringkat bahagian sebagai Ketua Wanita sejak empat tahun yang lepas tetapi lebih sibuk di peringkat negeri - Wilayah Persekutuan.
Apapun penampilan Rahana dan Norsiah telah membuatkan pelbagai pihak kurang selesa kali ini dimana - penyandang Ketua Wanita terpaksa berkerja keras untuk memastikan jawatanya tidak dirampas kali ini.
(GAMBAR : Norsiah, Rahana , Hairunnisha - Kak Ani )

JAWATAN KETUA UMNO SEGAMBUT :KENAPA SAYA MENENTANG KETUA SAYA ? HADI MAD ZAM TAMPIL BERSUARA !

SEGAMBUT -- Calon Ketua UMNO Bahagian Segambut Hadi Mad Zam buat pertama kali tampil dan meluahkan perasaanya secara terbuka kepada media. "Cabaran ini ( berdepan dengan Kamaruddin ) bagi memberikan ruang kepada ahli membuat pilihan pemimpin yang difikirkan layak untuk memimpin bahagain tersebut. Saya sedar Ketua saya sebagai seorang Senator dan Timbalan Pengerusi Perhubungan , namun ia bukan halangan untuk meneruskan hasrat ahli di peringkat bahawahan". Katanya lagi, jika ini mampu dilakukan ...untuk berita selanjutnya sila klik --myMetro

Friday, September 26, 2008

TERKINI : MESYUARAT BAHAGIAN DI TERUSKAN ; PERHIMPUNAN DI TANGGUH KE MAC 2009 ; PAK LAH AKAN UMUM HASRAT BERTANDING PRESIDEN SEBELUM 9 OKT !

BERITA TERKINI DARI PWTC -- Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi hari ini memutuskan mesyuarat bahagian yang dijadualkan bermula pada 9 Oktober akan diteruskan sepertimana yang dirancang sebelum ini,manakala Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan Mac 2009, kata Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi setelah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO.
Sementara itu Abdullah juga turut memberitahu, beliau akan mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Presiden UMNO ataupun tidak, sebelum 9 Oktober ini - sebelum mesyuarat bahagian bermula.Beliau tidak memaklumkan tarikh yang sesuai. " Saya akan umumkan hasrat saya sebelum 9 Oktober ini mengenai hasrat saya", katanya lagi.
WILAYAHKINI difahamkan dengan keputusan yang disifatkan mengejut beberapa pihak , kini segala tumpuan tertumpu kearah Pak Lah menjelang 12 hari ini - menjelang 9 Oktober.Apakah akan ada kejutan lagi selepas ini ?

MT TERGEMPAR UMNO HARI INI ; MASA DEPAN PAK LAH DAN PERALIHAN KUASA 2010 JADI PENENTU PAGI INI ? PEMILIHAN DI TANGGUH ?

TERKINI : Mesyuarat khas Majlis Tertinggi kini sedang berlangsung tetapi mesyuarat hanya bermula pada jam 11 pagi dimana sebelum mesyuarat bermula Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib mengadakan perjumpaan tertutup selama 30minit .
KUALA LUMPUR -- Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO hari ini pada jam 10pagi dijangka akan menjadi PENENTU kepada kemelut UMNO mengenai Peralihan Kuasa 2010 yang masih menjadi tanda tanya. Selain itu, isu penangguhan pemilihan UMNO di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi turut akan dibincangkan. Apakah peralihan kuasa antara PM dan Najib akan diawalkan ataupun Pak Lah akan terus mempertahankan jawatan Presidenya dan akan meneruskan Pelan 2010 sepertimana dirancang sebelum ini. Apapun, sejak beberapa hari ini banyak keputusan dibuat - tidak konsisten dlm UMNO. Sering ditukar sehingga kewibawaan Majlis Tertinggi juga menjadi tanda tanya. Bahkan kelihatan percaturan politik antara Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib seolah - olah tidak menjadi apabila Najib mengubah fikiranya dua minggu lepas. Apakah akan berlaku hari ini ? Apakah akan berlaku proses peralihan kuasa ataupun proses rampasan kuasa? Kita tunggu dan lihat hari ini . Pak Lah akan akur ataupun akan terus berjuang ?

Wednesday, September 24, 2008

KETUA PEMUDA PUTRAJAYA : PERTEMBUNGAN DUA PEGAWAI KHAS " HANGATKAN" KEMPEN DI PUTRAJAYA ; AKAN ADA PELAN PENDAMAIAN ?

PUTRAJAYA -- Selepas kepanasan pencalonan bagi jawatan Ketua UMNO Putrajaya reda apabila Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding , kini segala tumpuan tertumpu kearah pertandingan jawatan Ketua Pemuda Putrajaya. Pertembungan dua Pegawai Khas dikatakan menarik perhatian pelbagai pihak dimana- penyandang Ketua Pemuda Datuk Zaki yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri bakal dicabar oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Pelajaran Tun Faisal Ismail.
Kedua - dua mereka dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri sekaligus pemilihan satu lawan satu ini dikatakan bakal menjadi tumpuan negara kerana melibatkan dua pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang dikenali ramai.
Pada satu majlis kacau dodol sabtu lepas, kedua - dua mereka kelihatan mesra dan kacau dodol bersama - mengenepikan soal politik buat sementara.
Wilayahkini juga difahamkan ada juga usaha pihak ketiga untuk mendamaikan kedua - dua calon tersebut melalui penawaran jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian Putrajaya kepada Tun Faisal ?Apakah percaturan ini akan berhasil ? ataupun hanya satu khabar angin politi ? Apakah Tun Faizal sanggup " bertolak ansur ? " Wilayahkini juga difahamkan Tun Faizal telah memulakan laman webnya baru - baru ini (http:tunfaisal.com) ;
Pemerhati politik di Wilayah Persekutuan berpendapat, Tun Faisal mempunyai peluang untuk menang sekiranya beliau dapat " turun habis - habisan" namun Zaki dikatakan sudah ada satu strategi tajam untuk mempertahankan jawatanya.

Tuesday, September 23, 2008

GANDINGAN PAK LAH - NAJIB MENDAPAT MANDAT ? MESYUARAT KHAS DI SERI PERDANA SAMPAI AWAL PAGI TADI ? ADA ROMBAKAN KABINET ? AHLI UMNO TUNGGU 9 OKT !

KUALA LUMPUR -- Politik negara khususnya melibatkan perkembangan di UMNO menjelang bermulanya mesyuarat UMNO bahagian mulai 9 Oktober depan terus menjadi perhatian dimana dikatakan gandingan Abdullah - Najib akan turun padang sebagai satu gandingan bersama untuk menempuh cabaran pemilihan UMNO kali ini. Ianya sekaligus menamatkan segala spekulasi politik- mengenai masa depan politik Pak Lah sepertimana yang digambarkan oleh segelintir pemimpin UMNO di mesyuarat Majlis Tertinggi baru - baru ini.
Menurut sumber , persetujuan tersebut telah dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di Seri Perdana sampai awal pagi tadi antara Pak Lah dengan semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Menurut laporan yang diterima , mesyuarat tersebut juga memutuskan Pak Lah bertanding Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden sebagai satu pasukan. Antara perkara lain yang diputuskan ialah Peralihan Kuasa 2010 dikekalkan sepertimana yang dirancang sebelum ini.
Untuk rekod , semalam UMNO Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan untuk mencalonkan Pak Lah - Presiden dan Najib - Timbalan Presiden. Sila baca laporan ~
Pak Lah set to defend Umno presidency. Wilayahkini juga difahamkam tindakan Pak Lah yang suka mendengar rintihan dan keluhan ahli - ahli UMNO sebelum bertindak telah memperkuatkan kembali dirinya khususnya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru - baru ini apabila empat pemimpin UMNO menegurnya dengan " keras".Pada saat ketika penyokong Pak Lah bangun untuk mempertahankanya Datuk Seri Najib dikatakan mendamaikan suasana. Jika tidak ? Keadaan mungkin menjadi tidak menentu.
Sementara itu , Wilayahkini juga mendengar berita mengenai rombakan kabinet sebelum 9 Oktober ini. Adakah ianya akan menjadi satu lagi khabar angin atau realiti ? Kini politik negara banyak dipercaturkan dengan permainan tarikh - apabila Anwar memulakan tarikh 16 September kemudian 23 September dan kini UMNO pula menunggu tarikh 9 Oktober.Kita tunggu dan lihat.

Monday, September 22, 2008

PEREBUTAN JAWATAN KETUA PEMUDA SEGAMBUT : PERTANDINGAN PROKSI ANTARA RIZAL DAN MAHATHIR ; AKSI MAIN KOLAM, ATM BERGERAK DAN SMS PANASKAN KEMPEN !

SEGAMBUT -- Perkembangan politik Pemuda di Bahagian Segambut bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mahathir Sulaiman dan Rizal Alang yang disifatkan sebagai pertandingan paling panas di Wilayah Persekutuan ketika ini?
Mahathir Sulaiman merupakan Setiausaha Pemuda Segambut manakala Rizal Alang pula AJK Pemuda Bahagian Segambut.
Kedua - dua calon ini dikatakan mendapat " backing kuat" daripada dua pemimpin utama bahagian yang akan bertanding jawatan Ketua Bahagian Segambut.Malah Wilayahkini juga difahamkan pertandingan di Pemuda dikatakan pertandingan proksi dimana Rizal Alang merupakan calon proksi Senator Datuk Kamaruddin Ambok manakala Mahathir pula dikatakan dibayangi oleh Hadi Mad Zam , Bendahari UMNO Bahagian? Pemerhati politik menyifatkan keputusan jawatan Ketua Pemuda bakal memberi bayangan sebenar kepada perebutan jawatan Ketua UMNO Segambut diatara Kamaruddin Ambok dan Hadi Mad Zam.
Kempen di Pergerakan Pemuda dikatakan bertambah rancak dengan aksi " main kolam, gerakan ala One - Stop Centre ATM, hantaran sms, sembang malam " dan bermacam - macam lagi. Wilayahkini juga difahamkan Rizal mempunyai peluang untuk menang tetapi penyokong Mahathir pula yakin dapat menumbangkan Rizal.

POLITIK " PI MAI PI MAI TANG TU DAN KEJAB ADA KEJAB TAK ADA DI BANDAR TUN RAZAK" ; MOKTHAR SAMAD BERPELUANG KALI INI ? AMIL YAKIN RAMPAS KEMBALI !

BANDAR TUN RAZAK -- Politik UMNO Bandar Tun Razak di-ibaratkan sebagai " politik kejab ada kejab tak ada" dimana banyak pertukaran Ketua Bahagian sehingga ahli - ahli UMNO Bandar Tun Razak sudah naik bosan kerana ramai berpandangan kepimpinan UMNO Bandar Tun Razak tidak konsisten kerana asyik bertukar ganti.
Setelah Tamunif, Datuk Rahim Baba, Datuk Amil Salleh(gambar) kini rata - rata ahli UMNO Bandar Tun Razak mahukan satu kepimpinan yang mempunyai visi dan misi jangka panjang diperingkat bahagian.Kemunculan semula Amil Salleh untuk bertanding Ketua Bahagian selepas penggantunganya membuatkan ahli - ahli UMNO Bandar Tun Razak kurang selesa kerana sepanjang penggantunganya Datuk Rahim Baba telah menjaga dan mentadbir bahagian dengan baik. Kini Rahim hanya dicalonkan bertanding Timbalan Ketua Bahagian.
Pertembungan antara Amil Salleh dan Mokthar Samad bagi jawatan Ketua Bahagian disifatkan pertandingan penuh tradisi dan kali ini dikatakan akan lebih sengit walaupun diatas kertas Amil dikatakan mempunyai kelebihan.
Justeru itu, sudah ada cakap - cakap di bahagian yang mahukan Datuk Mokhtar Samad diberikan peluang untuk memimpin UMNO Bandar Tun Razak kali ini .Mokhtar Samad yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dikatakan juga mempunyai ciri kepimpinan yang efesyen sebagai bekas Ketua Bahagian Cheras sebelum ini.
Ketua Pemuda Bandar Tun Razak, Rizalman yang juga merupakan anak kepada Mokhtar Samad sekali lagi telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda dan dikatakan telah meletakkan Pemuda di tahap yang terbaik. Rizalman juga dikatakan mempunyai kewibawaanya yang tersendiri di Wilayah Persekutan sebagai pemimpin pemuda.
Seramai 70 perwakilan pemuda , lebih kurang76 perwakilan wanita dan sekurang - kurangnya 10 perwakilan puteri dikatakan sudah mengambil pendirian " tunggu dan lihat" .Malah ada segelintir dari mereka dikatakan tertarik dengan perwatakan Mokthar Samad yang lebih berhemah dan sopan santun.
Orang kuat Wanita UMNO WP dan Ketua Wanita Bandar Tun Razak Salmah Pin yang dikatakan pro Amil Salleh juga dikatakan mengambil pendekatan " berkecuali dan tunggu dan lihat".
Wilayahkini difahamkan " undi penentu" bahagian Bandar Tun Razak bagi jawatan Ketua Bahagian bakal ditentukan dari percaturan undi dari Wanita , Pemuda dan Puteri. Sementara itu, Wilayahkini juga difahamkan Amil Salleh sudah mula berkempen secara agresif untuk merampas kembali jawatan Ketua Bahagian walaupun UMNO Bandar Tun Razak baru - baru ini dikejutkan dengan insiden keluar dari UMNO dan menyertai PKR oleh beberapa pemimpin bahagian dan cawangan.

ZULHASNAN RAFIQUE, AZIM, SULEIMAN, RIDHUAN , KU NAN, SYE ALI MENANG TANPA BERTANDING ; 7 KETUA BAHAGIAN LAGI MASIH KENA TUNGGU SAMPAI OKTOBER !

KUALA LUMPUR-- Sepertimana yang dilaporkan Wilayahkini sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengetuai bersama enam Ketua Bahagian lain - Senator Datuk Ridhuan Hamid ( Kepong )Datuk Seri Azim Zabidi ( Bukit Bintang ), Datuk Seri Suleiman Mohamad (Titiwangsa ) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO( Putrajaya) dan Datuk Syed Ali Al Habshee menang tanpa bertanding di bahagian masing - masing. Zulhasnan Rafique yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BNWP menang tanpa bertanding di Setiawangsa.Manakala tujuh bahagian lain menyaksikan persaingan yang sengit. SILA rujuk laporan ~ Bernama.com ver 5.0. Kini segala tumpuan tertumpu kepada mesyuarat bahagian pada bulan oktober nanti.Wilayah Persekutuan menjadi tumpuan kerana - terletak di pintu gerbang politik nasional.

Saturday, September 20, 2008

MENJELANG MESYUARAT BAHAGIAN 9 OKT ; BAHAGIAN - BAHAGIAN DI WP SUDAH MULA MENETAPKAN TARIKH MESYUARAT ; PENCALONAN DARI BHGN WP JUGA JADI PERHATIAN !

KUALA LUMPUR -- Sepertimana dilaporkan saban hari di Wilayahkini - bahang pemilihan bahagian semakin dirasakan.Tarikh 9 Oktober bakal membuka gelanggang pemilihan bahagian di seluruh negara selama sebulan.Selain pemilihan bagi jawatan utama di bahagian menjadi perhatian-aspek pencalonan untuk peringkat Majlis Tertinggi parti juga menjadi perhatian umum kerana ianya akan memperlihatkan masa depan UMNO dan negara khususnya politik UMNO kini di selubungi isu peralihan kuasa dan macam - macam.
Di Wilayah Persekutuan kesemua 13 bahagian sudah bersedia untuk mengharungi cabaran mesyuarat bahagian dengan menetapkan tarikh mesyuarat bahagian masing - masing. Cheras,Bandar Tun Razak, Wangsa Maju dan Segambut - 19 Oktober, Setiawangsa -25 Oktober, Kepong - 26 Oktober dan Labuan 16 Oktober.Pemerhati politik juga berkata, penamaan calon dari Wilayah Persekutuan untuk jawatan Tertinggi parti juga dijangka menarik perhatian kali ini.Hanya bahagian Labuan telah memberi jaminan akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah untuk Presiden dan Datuk Seri Najib untuk Timbalan Presiden. Bahagian - bahagian lain belum memberikan sebarang " hint" dan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

SAMBUTAN NUR RAMADAN UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN 2008 !

KUALA LUMPUR -- Ahli - ahli UMNO Wilayah Persekutuan semalam turun padang sama - sama bagi memeriahkan majlis Sambutan Nur Ramadan 2008 program tahunan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dimana tahun ini dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Program tahun ini diadakan di kawasan Bahagian Titiwangsa , di Masjid Al -Imam Ash- Shafie Taman Maluri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Timbalan Pengerusi UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Ridhuan Hamid dan juga semua Ketua - Ketua Bahagian empat peringkat.Program tahun ini dipengerusikan oleh Ketua UMNO Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad.
Difahamkan Abdullah juga sempat berbincang secara informal dengan semua Ketua - Ketua Bahagian mengenai isu - isu semasa.

Thursday, September 18, 2008

KETUA UMNO SEGAMBUT : IMPIAN MENANG TANPA BERTANDING KAMARUDDIN AMBOK TERPUKAU JUGA AKHIRNYA ; HAD MAD ZAM BANGKIT SEMULA ; LAWAN TETAP LAWAN !

SEGAMBUT -- Penantian Ketua UMNO Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok untuk menang tanpa bertanding akhirnya menerima tamparan hebat apabila harapanya bukan sahaja terpaku dan terpukau serta berkecai tetapi beliau terpaksa berdepan dengan Bendahari UMNO Segambut Hadi Mad Zam yang lantang mengkritik kepimpinananya.
Penantian Kamaruddin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang dikatakan begitu " Konfiden " sekali akan berjaya melepaskan diri kali ini akhirya menemui jalan yang buntu.Kini gelanggang politik Segambut telah dibuka .Siapa lebih layak ? Wilayahkini juga difahamkan Kamaruddin dikatakan sedang membuat " home work " politik yang yang begitu rapi untuk mencari beberapa kesilapan teknikal daripada cawangan - cawangan yang tidak memihak kepadanya. Apakah cerita politik ini benar atau tidak ? - mungkin orang - orang Segambut lebih mengetahui mengenainya. Apakah Hadi dapat memberi tentangan yang sengit kepada Kamaruddin ?
Kamaruddin Ambok juga dikatakan masih lagi belum putus harapan dan masih percaya kepada nasib akan menyebelahinya untuk menang tanpa bertanding.
Wilayahkini juga akan UPDATE dilemma politik Pemuda - dalam masa yang terdekat ini.Dikatakan isu " main kolam" semakin panas di sayap Pemuda Segambut.

KETUA PUTERI SETIAWANGSA : PERTEMBUNGAN SERI WANI vs SITI FATIMAH MENCURI TUMPUAN ; SIAPA " SMART" DIA MENANG ? GUNA NAMA PEMIMPIN TERTENTU RAIH UNDI?

SETIAWANGSA -- Penampilan Setiausaha Puteri UMNO Setiawangsa Siti Fatimah bagi merebut jawatan Ketua Puteri Setiawangsa menentang Seri Wani Sabtu bukan sahaja telah memeriahkan suasana pertandingan di sayap puteri malah memfokuskan Puteri Setiawangsa sebagai salah satu kawasan "Tumpuan" di Wilayah Persekutuan ketika ini.
Wilayahkini difahamkan Seri Wani sebagai Penyandang Naib Ketua Puteri sudah melancarkan gerakan berkempen secara holistik dan halus manakala Siti Fatimah pula dikatakan mengunakan pendekatan secara terbuka.
Siti Fatimah yang juga merupakan Ketua Puteri Cawangan Pusat Bandar Setiawangsa dikatakan teLah melancarkan blognya baru-baru ini, atas nama Puteri Setiawangsa untuk mendekati ahli - ahlinya. Malah baru - baru ini juga beliau telah menganjurkan satu program - Kem Kasih Ramadan bersama lebih 500 orang anak- anak yatim seluruh Malaysia di Kem Kemensah yang dirasmikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail.
Sementara itu, Wilayahkini juga mendapat info, Ketua Puteri Setiawangsa Roziana Osman yang terpaksa melepaskan jawatanya atas faktor umur telah berpakat dengan Seri Wani akan menganjurkan Konvoi Tautan Kasih bersama mereka yang dianjurkan oleh Briged Kebajikan Puteri Setiawangsa pada Sabtu ini di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa .
Masing - masing dikatakan telah mengerakkan jentera kempen yang menggunakan pendekatan " ala cafe" ( minum sambil bersembang) . Mengikut berita terkini yang diterima dari kem Setiawangsa ~ kedua - dua calon dikatakan mempunyai peluang yang sama rata tetapi kemungkinan sentuhan daripada pihak - pihak tertentu boleh menentukan juara Puteri Setiawangsa yang baru. Siapakah mereka ? Sumber juga memberitahu , pihak Seri Wani juga telah mula berkempen menggunakan nama pemimpin tertentu untuk meraih undi. Secara kesimpulan - kemunculan Siti Fatimah menjadi tumpuan.

ADUAN RASUAH DI UMNO WANGSA MAJU : " INI SEMUA PERMAINAN POLITIK , ORANG KENAL SIAPA SAYA ", KATA DATUK SHAFIE ABDULLAH !

WANGSA MAJU -- " Ada yang kata kononya saya beri RM 10, 000, RM 50,000 kepada mereka.Kalau begitu kenalah saya.Ini semua hanyalah permainan politik.Orang sudah kenal siapa saya kerana sudah berbelas tahun terbabit dengan UMNO Wangsa Maju " begitulah reaksi Naib Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Mohamad Abdullah berhubung dakwaan beberapa ahli UMNO di Wangsa Maju bahawa beliau mempengaruhi beberapa cawangan mencalonkanya menggunakan wang untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Wangsa Maju. SILA KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.
Politik Wangsa Maju dikatakan kini sudah porak peranda dengan pelbagai insiden sejak bermulanya mesyuarat cawangan.Sehingga hari ini sebanyak 39 cawangan dari 42 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat cawangan.Tiga cawangan menunggu giliran. Wilayahkini difahamkan ada laporan rasuah telah dibuat kepada Ibupejabat UMNO tetapi belum ada pengesahan rasmi .
Datuk Shafie yang kini merupakan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib (Kini Menteri Kewangan sejak semalam)akan menentang Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri.Manakala bekas Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz yang membuat "come back" dalam UMNO selepas penggantungan akan mencuba nasibnya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian bergandingan dengan Zainal Nazeri kali ini.

Wednesday, September 17, 2008

BERITA TERKNI : NAJIB DILANTIK SEBAGAI MENTERI KEWANGAN ; PAK LAH AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN ; PAK LAH DAN NAJIB KOMITED PELAN 2010 !

KUALA LUMPUR ( 2.30PM ) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi mengumumkan perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan 1 berkuatkuasa serta merta. Sementara itu Pak Lah akan mengambil - alih jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh Najib.
Perdana Menteri turut mengumumkan Najib dan beliau "komited" dengan Peralihan Kuasa 2010 sepertimana yang dirancangkan sebelum ini. Wilayahkini difahamkan Kabinet hari ini juga telah membincangkan pelbagai isu yang menarik dan dikatakan kabinet " akur " dengan Peralihan Kuasa 2010.

Tuesday, September 16, 2008

POLITIK UMNO SEMAKIN PANAS DENGAN AKSI " CUBIT - MENCUBIT " MUHYIDDIN YASSIN ; MESYUARAT KABINET ESOK DI JANGKA PANAS ! MT KHAMIS LAGILAH PANAS !

KOMEN/COMMENT
KUALA LUMMPUR -- Politik negara semakin panas.Setelah arena politik negara di porak perandakan dengan permainan "cubit - mencubit" Tan Sri Muyhiddin Yassin yang dengan lantang sekali lagi mempersoalkan proses Peralihan Kuasa 2010 sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO , Kabinet dan yang paling penting ialah komitmen daripada Datuk Seri Najib sendiri .
Apakah agenda Muhyiddin ? Beliau tertekan? atau ditekan ?
Kenyataan balas Najib kepada reaksi Muhyiddin Yassin juga telah menimbulkan pelbagai ramalan dan spekulasi politik sejak hari jumaat yang lepas.
" Peralihan Kuasa 2010 perlu ditentukan oleh bahagian yang akan mula bermesyuarat selepas sambutan Hari Raya ", kata Najib- dimana reaksi inilah yang telah memberikan pelbagai gambaran dan spekulasi politik semasa negara.
Pelan Peralihan Kuasa 2010 yang diumumkan pada 10hb Julai lepas dihadapan semua perwakilan dimana Najib sendiri meminta semua bahagian mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden dan mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden.Inilah ikrar Najib pada 10hb Julai yang lepas di PWTC.
Malah semua Badan Perhubungan Negeri berikrar mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden, susulan daripada pengumuman Proses Peralihan Kuasa 2010.
Sejak hari Jumaat yang lepas, banyak pihak yang tersinggung dan kecewa dengan kenyataan Muhyiddin Yassin khususnya ketika umat islam sedang menunaikan puasa - satu ungkapan yang kurang manis yang dilemparkarnya terhadap Abdullah Ahmad Badawi dalam bulan yang mulia ini. Muhyiddin selalu bercakap mengenai etika ahli - sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perlembangaan dan Etika parti sedangkan dirinya sendiri berlagak bagaikan " gangster politik".
Pada hari Sabtu yang lepas Perdana Menteri difahamkan telah mengadakan pertemuaan dengan Datuk Seri Najib dan disambung semalam.Wilayahkini difahamkan isu Peralihan Kuasa menjadi tajuk utama perbincangan. Pak Lah telah memberi jaminan Peralihan Kuasa akan Kekal sepertimana setelah di persetujui sebelum ini.
Sementara itu mesyuarat Kabinet pagi esok dijangka akan panas berikutan kenyataan Muhyiddin Yassin serta isu Peralihan Kuasa. Hari Khamis pula mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan membincangkan isu yang sama dan dikatakan akan berjalan dalam satu suasana yang cukup " hangat" .Apakah akan ada kejutan pada mesyuarat MT kali ini ?
Ahli - ahli UMNO perlu ada pendirian.Jangan kita - asyik menukar pendirian kita.
Akhir kata, dua gambar yang dipaparkan oleh Wilayahkini juga mengambarkan dua peristiwa istimewa dimana gambar diatas diambil ketika Pak Lah dan Najib setuju pada proses Peralihan Kuasa 2010 - 10hb Julai lepas manakala gambar dibawah pula diambli semalam -15hb September setelah kenyataan Muhyiddin.

GELANGGANG POLITIK WILAYAH PERSEKUTUAN DI BUKA ; 6 KETUA BAHAGIAN TERLEPAS ; 7 LAGI KETUA BAHAGIAN HARUNGI CABARAN GETIR ; PANAS, RANCAK DAN.........!

KUALA LUMPUR -- Gelanggang politik di Wilayah Persekutuan kini semakin rancak dan panas apabila mesyuarat cawangan selesai mengadakan mesyuarat masing - masing di mana di Wilayah Persekutuan menyaksikan 6 penyandang Ketua Bahagian menang tanpa bertanding manakala 7 Ketua Bahagian pula terpaksa bertarung bagi menentukan nasib mereka pada persidangan bahagian yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.
Pengerusi Badan Perbhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa setelah beliau menerima mandat yang sepenuhnya daripada kesemua cawangan yang mencalonkanya sebagai Ketua Bahagian.
Turut menang tanpa bertanding ialah, Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Ridhuan Hamid sebagai Ketua UMNO Kepong, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP ( Ironman Titiwangsa ) Datuk Seri Suleiman Mohamad sebagai Ketua UMNO Titiwangsa, Bendahari UMNO Malaysia dan WP Datuk Seri Azim Zabidi sebagai Ketua UMNO Bukit Bintang dan Setiausaha UMNO Malaysia Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya.
Kemenangan Suleiman , memperlihatkan kredibiliti dan ketokohanya yang sukar di tandingi di Titiwangsa dan juga Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, orang No 2 di Wilayah Persekutuan - Senator Datuk Kamaruddin Ambok bakal ditentang oleh Bendahari UMNO Segambut Hadi Mad Zam. Di Batu pula, Datuk Yusuf Hamid menerima cabaran sengit daripada AJK Bahagian Batu Yahya Mat Ghani ( Abas ) dan di Wangsa Maju pula, penyandang Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie akan mempertaruhkan nasibnya dengan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri.
Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini, penyandang Ketua UMNO Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid akan berdepan dengan Pengerusi Cawangan Happy Utara Mustapha Kamal dimana menyaksikan episod ulangan tahun 2004.
Di Lembah Pantai pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pemangku Ketua Bahagian Yusri Ahmad , Mantan Ketua Bahagian Datuk Raja Nong Chik dan seorang Ahli UMNO Lembah Pantai Ahmad Zaharan Ibrahim.
Perkembangan di Bandar Tun Razak juga menemukan dua tokoh yang tidak asing lagi dimana Datuk Mokthar Samad sekali akan beradu nasibnya dengan Datuk Amil Salleh. Labuan yang kebiasanya tenang, kali ini menyaksikan Datuk Suhaili Abdul Rahman akan ditentang oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian.
Di bahagian Cheras kali ini menampakkan satu kejutan dimana jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian serta G7 akan dipertandingkan walaupun seperti di ramalkan Datuk Syed Ali Al Habshee menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian Cheras.
Kecuali Datuk Kamaruddin Ambok dan Datuk Suhaili kesemua pemimpin utama dalam Badan Perhubungan UMNO WP telah menang tanpa bertanding.
WILAYAHKINI akan memberikan laporan - mengikut setiap bahagian selepas ini.Beritanya akan menyusul.

" SAYA UMUMKAN TENGKU ADNAN MENANG TANPA BERTANDING SEBAGAI KETUA UMNO PUTRAJAYA" ,KATA SETIAUSAHA BAHAGIAN ; IMPIAN AHMAD FAIRUZ BERKECAI !

PUTRAJAYA -- Teka teki mengenai sama ada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya akhirnya terjawab juga apabila Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya Shokri Shafee mengumumkan " Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding" secara rasmi hari ini.
Shokri berkata mesyuarat UMNO Cawangan Meranti tidak dapat dilangsungkan kerana kegagalan mendapat korum satu perempat daripada keseluruhan ahli, walaupun empat kali diberi peluang yang sama.
"Justeru itu saya ingin umumkan Tengku Adnan tanpa bertanding dan segala dakwaan mengenai kelayakan berhubung kelayakan Ahmad Fairuz dalam sebuah laman web yang mempertikaikan pemilihan parti adalah tidak berasas", katanya. Sila rujuk komen Shokri di -
Berita Harian Online
Politik Putrajaya bagaikan tidak tenang langsung apabila digoncang pelbagai insiden dalaman sejak mesyuarat cawangan di mulakan.Bermula dengan isu ROS - sehingga menyebabkan 23 cawangan UMNO di Putrajaya terpaksa menunggu untuk mendapatkan "greenlight" daripada ROS kerana pejabat bahagian tidak menghantar laporan tahunan.
Ahmad Fairiuz yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Ali Rustam hanya memerlukan satu pencalonan sahaja untuk melayakkanya menentang Tengku Adnan buat pertama kali.Pada Sabtu lepas , dikhabarkan mesyuarat Tanjung telah mencalonkan Ahmad Fairuz sekaligus melayakkanya bertanding.Namun timbul pula isu cawangan tersebut telah digantung dan mesyuarat tersebut tidak sah dan macam - macam lagi cerita politik. Mesyuarat Meranti juga dikatakan tidak sah kerana tidak cukup korum.
Ahmad Fairuz mendapat pencalonan dari cawangan Pakma, Kasturi, Bunga Raya dan Ixora. Apakah politik Putrajaya akan senyap selepas ini ?

Monday, September 15, 2008

MUHYIDDIN : " SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN ; TERPULANG KEPADA PM UNTUK BUAT KEPUTUSAN "

KUALA LUMPUR -- Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini berkata beliau tidak akan letak jawatan sebagai Menteri tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukan kedudukanya. SILA KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.

ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN JUGAK SEBAGAI MENTERI DI JPM ; BYE ..BYE...." SAYA KECEWA", KATA ZAID

TERKINI : 16hb September -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bertekad untuk meletakkan jawatanya hari ini walaupun di minta dipertimbangkan oleh Perdana Menteri dan meminta Zaid bercuti selama dua minggu. Zaid berkata beliau tidak mahu menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri berhubungan kelantanganya mengenai isu ISA.
Zaid berkata " saya kecewa dengan perlaksanan ISA ". Sementara itu, Pak Lah dalam reaksi yang segeranya berkata " perletakan jawatan Zaid tidak akan menggangu perancangan mereformasikan sistem perundangan negara sepertimana yang dirancang".
KUALA LUMPUR ( berita sebelum ini )-- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan surat perletakan jawatanya sebagai Menteri ekoran kenyataanya yang lantang mengkritik Akta ISA. Zaid difahamkan menyerahkan surat perletakan jawatanya di JPM pada pukul 2 petang hari ini. Zaid dilantik sebagai Menteri di JPM menjaga hal ehwal perundangan negara pada pembentukan kabinet yang baru selepas PRU yang ke 12 pada bulan Mac yang lepas. Zaid juga dilantik sebagai Senator bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai Menteri.Baru - baru ini, Zaid juga dengan lantang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan proses peralihan kuasa 2010.Beliau mencabar Muhyiddin Yassin meletakkan jawatanya.Perlantikan Zaid sebagai Menteri di JPM bagi menangani masalah perundangan juga mendapat sambutan yang baik daripada Majlis Peguam Malaysia.Sementara itu baru - baru Zaid dikatakan sudah bosan dan muak dengan insiden politik wang di Bahagian Kota Baru sehingga beliau gagal mendapat pencalonan yang mencukupi bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.Zaid merupakan bekas Ketua UMNO Kota Baru.

Sunday, September 14, 2008

TITIWANGSA : AZIZ JAMALUDDIN TERSUNGKUR LAGI ; GAGAL DAPAT PENCALONAN YG MENCUKUPI BAGI JAWATAN NAIB KETUA BAHAGIAN ; KARIER POLIK AZIZ BERAKHIR !

KUALA LUMPUR -- Selepas tersungkur di Titiwangsa pada PRU yang ke 12 , harapan Datuk Aziz Jamaluddin untuk mengidamkan salah satu jawatan tertinggi di Bahagian Titiwangsa pula juga ketidaksampaian apabila beliau gagal mendapat pencalonan yg mencukupi bagi merebut jawatan Naib Ketua Bahagian.
Tersungkurnya Aziz membolehkan penyandang Naib Ketua Bahagian - Affendi Zahari menang tanpa bertanding. Kegagalan Aziz untuk meraih pencalonan yg tidak mencukupi dikatakan satu tamparan hebat bagi karier politik dirinya .Sepertimana dilaporkan Wilayahkini sebelum ini, Aziz akhirnya gigit jari juga nampaknya
.Aziz tewas kepada Dr Lo Lo dari Pas pada PRU yang ke 12 di Titiwangsa.

Saturday, September 13, 2008

PUTRAJAYA : AHMAD FAIRUZ DIKATAKAN TELAH " LEPAS" KUOTA PENCALONAN HARI INI ? PERTEMBUNGAN TENGKU ADNAN vs AHMAD FAIRUZ ON ?Mesyuarat Tanjung Tak Sah?

PUTRAJAYA ( Wilayahkini ) -- Ahmad Fairuz (gambar) dilaporkan telah mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi pagi tadi untuk melayakkanya bertanding menentang penyandang Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor buat pertama kali.Apakah perkara ini benar dan telah disahkan ?
Ahmad Fairuz dikatakan telah mendapat pencalonan yang kelima yang ~ di tunggu - tunggunya itu selama 3 minggu,-- dari Cawangan Bunga Tanjung yang telah bermesyuarat pagi tadi sekaligus telah mencalonkan Ahmad Fairuz bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.Wilayahkini akan mendapatkan pengesahan lanjut seca.ra terperinci bagi mengelak sebarang kekeliruan.Kita akan UPDATE.......Wilayahkini difahamkan mesyuarat Cawangan Tanjung tidak sah kerana telah digantung oleh bahagian? Apa yg berlaku ? Kita tunggu pengesahan daripada Setiausaha Bahagian selepas ini.

KENAPA MUHYIDDIN SERANG PAK LAH DARI SINGAPURA ???

KUALA LUMPUR --Satu kupasan berita yang perlu dibaca dan direnungkan bersama. Kenapakah Muhyiddin Yassin yang bertopengkan Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Pindaan Perlembagaan UMNO memilih Singapura untuk menyerang Pak Lah ataupun mengulangi pendirianya ? Kini dia sudah kelihatan tidak beretika.Pak Lah tetap menghormati kebolehan Muhyiddin sehingga melantiknya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dengan mengambil satu risiko yang besar sehingga mengugurkan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Rafidah Aziz...TETAPI Muhyiddin....baca selanjutnya di-Kenapa Muhyiddin serang Pak Lah dari Singapura? : Kelab Penyokong Maya UMNO

LABUAN : MACAM MANA SUHAILI DENGAN YUSUF MAHAL ? JADI TAK JADI ? YUSUF MAHAL YAKIN ; MINGGU INI JADI PENENTUAN ! LABUAN KINI DILANCARKAN !

LABUAN -- Kedudukan Datuk Suhaili Abdul Rahman sama ada akan menang tanpa bertanding ataupun terpaksa mengharungi detik - detik pertandingan bersama Penyandang Timbalan Ketua Bahagian Labuan Datuk Yusuf Mahal bakal diketahui secara rasmi hari ini atau esok.
Berita dari rakan sejawat kami di Labuan menyatakan Ahli Parlimen Labuan , Datuk Yusuff Mahal masih menaruh harapan untuk mendapatkan dua pencalonan lagi sekaligus melayakkanya bertanding sebagai Ketua Bahagian.
Sehingga berita ini ditulis hari ini, Suhaili masih di depan dengan 18 pencalonan manakala Yusuf Mahal pula 3 pencalonan.Yusuf Mahal dijangka akan mendapat dua lagi pencalonan minggu ini dimana minggu terakhir bagi semua cawangan selesai mengadakan mesyuarat cawangan masing - masing.Cawangan Kilan dan Layang - Layang yang dikatakan menjadi penyokong kuat Yusuf dijangka akan mencalonkanya sekaligus memberi peluang kepadanya bertanding Ketua Bahagian.Apakah impian Yusuf akan terlaksana? Politik UMNO Labuan yang dikejutkan dengan insiden membaling kerusi , Laporan BPR di akhbar serta komen - komen yang panas telah meletakkan UMNO Labuan di satu zon yang panas di Wilayah Persekutuan ketika ini.
LABUAN KINI DI LANCARKAN
Sementara itu, Wilayahkini telah dimaklumkan satu blog baru yang dinamakan LABUAN KINI telah dilancarkan beberapa hari yang lepas dimana blog tersebut akan memberi keutamaan kepada berita - berita politik Labuan, isu - isu semasa di Labuan dan juga berita - berita yang berkaitan. Labuan Kini juga telah melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah berada di Labuan semalam untuk lawatan sehari termasuk menghadiri majlis berbuka puasa peringkat Labuan.
Untuk perkembangan selanjutnya mengenai perkembangan UMNO Labuan yang kini sedang panas sila klik www.labuankini.blogspot.com .Labuankini merupakan rangkaian kedua dalam Wilayahkini setelah Titiwangsakini dilancarkan pada bulan lepas.

Friday, September 12, 2008

TITIWANGSA : GANDINGAN ANAK DAN BAPA MENDOMINASI UMNO TITIWANGSA ? AZIZ JAMALUDDIN GIGIT JARI ? JOHARI dan ROSMAN SAMA MANTAP !

KUALA LUMPUR - Pertembungan Idham Yasser dan Azizul Rahman bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa SERTA pertandingan satu lawan satu antara penyandang Datuk Johari Ghani dan Datuk Rosman bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian telah merancakkan kempen dan bahang pemilihan di Bahagian Titiwangsa. Sepertimana yang diketahui umum, Datuk Seri Suleiman Mohamad aka (Ironman Titiwangsa )telah berjaya menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian.
Kini Suleiman dikatakan lebih sibuk mengatur strategi untuk memastikan kemenangan anaknya- Idham Yasser bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Idham yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Bahagian menawarkan diri setelah penyandang Ahmad Zuhri melepaskan jawatanya kerana faktor umur. Diatas kertas, Idham dikatakan lebih berpeluang jika dibandingkan dengan Azzizul Rahman namun segelintir pemuda di Titiwangsa tidak mahukan kepimpinan Bahagian dan Pemuda di dominasi pemerintahan bapa dan anak.
Idham yang juga dikatakan pro - Mukhriz dilihat akan menggunakan pengaruh bapanya habis - habisan untuk memastikan kemenanganya.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula, walaupun dari segi bilangan angka pencalonan Johari Ghani aka ( Jo KFC )telah mendahului Rosman aka (MiTV Rosman), TETAPI rata - rata ahli UMNO Titiwangsa kali ini berpendapat suara pencalonan hanya akan melambangkan tiket untuk bertanding sahaja.Malah Rosman dikatakan sudah bersedia dari setiap penjuru untuk membuat kejutan kali ini.Kempen - kempen Rosman dikatakan lebih efesyen walaupun Drs Suleiman dikatakan berpihak kepada Johari Ghani.
Sementara itu, AJK Bahagian Datuk Aziz Jamaluddin ( Calon BN yang tewas di Titiwangsa ) masih tercari - cari dua lagi pencalonan untuk menentang penyandang Naib Ketua Bahagian Affendi Zahari. Apakah Aziz Jamaluddin akan layak ? sukar dipastikan. Namun, Affendi yakin akan menang tanpa bertanding.

TERKINI - NAJIB : BIAR PERWAKILAN DI PERINGKAT BAHAGIAN PUTUSKAN ; MUHYIDDIN : SAYA TAK ADA NIAT SINGGUNG PERSAAN PM - SAYA SEDIA TERIMA PADAH !

KUALA LUMPUR -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata "PERALIHAN KUASA 2010" perlu ditentukan oleh perwakilan UMNO di mesyuarat peringkat bahagian yang akan mula bersidang selepas sambutan Hari Raya pada bulan Oktober nanti.
Sementara itu Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata , beliau tidak gentar menerima padah kerana menyuarakan apa yang ramai ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional mahukan." Saya tidak berniat untuk menyinggung Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi seseorang itu mesti berani menyuarakan yang benar", katanya.
PAL LAH SEMAKIN TERTEKAN ? atau DI TEKAN ?
Komen Dato Seri Najib mengenai Peralihan Kuasa telah mengundang pelbagai reaksi dikalangan ahli UMNO ketika ini setelah kedua - dua pemimpin termasuk Majlis Tertinggi mempersetujui Pelan 2010 tersebut sebelum ini.Najib juga telah memberikan ikrar untuk menyokong penuh pelan 2010 dikhalayak semua perwakilan pada satu sidang perwakilan UMNO khas pada 10hb Julai yang lepas.
Ucapan Najib pada hari tersebut sudah pastinya mengambarkan " mesej" sebenar Najib. Tetapi kenapa hari ini ungkapan tersebut ditukar dan dilontarkan ungkapan yang berlainan?
Namun apa yang berlaku hari ini bagaikan satu lagi " U turn " dalam politik UMNO.Pemerhati politik berpendapat , walaupun Pak Lah nampak tertekan ataupun ditekan dengan situasi tersebut, namun sekiranya kita melihat percaturan politik Pak Lah yang sentiasa menekankan " konsep keadilan untuk semua" , beliau dijangka akan meneruskan agenda " reformasi " politiknya.
Bagi Pak Lah, ini semua merupakan amaran awal yang diterima bagi mengharungi liku - liku karier politiknya selepas PRU yang ke 12. Kita jangan cepat lupa mengenai erti kata sebenar mengenai istilah " TANGGUNGJAWAB" .
(Gambar Pak Lah ikhsan dari Malaysian Insider )

Thursday, September 11, 2008

PAK LAH TERKEJUT DENGAN KOMEN MUHYIDDIN YASSIN ; SAYA BUKAN SUKA - SUKA JADI PM JAWAB PAK LAH DGN TEGAS; APA HAL DENGAN MUHYIDDIN ? KENAPA SEKARANG ?

KUALA LUMPUR -" Saya terkejut seorang anggota kabinet saya boleh membuat kenyataan seperti itu.Ia bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui" begitulah reaksi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berhubung kenyataan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di Singapura semalam yang mahukan proses peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010 dipercepatkan kerana peralihan kuasa telah "Tenggelam" dan rakyat tidak lagi bercakap mengenainya. Muhyiddin juga dipetik berkata " tahun 2010 adalah terlalu lama". Muhyiddin juga berkata malah beliau turut telah bertanya kepada Datuk Seri Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau ( Najib ) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.
Pak Lah juga menjawab " beliau masih lagi berkhidmat bukan untuk bersuka - suka memandangkan tugasnya itu bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok .Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang perlu diselesaikan", katanya. SILA BACA laporan -Bernama.com ver 5.0.
Malah Penulis Wilayahkini juga terkejut apabila menerima sms daripada seorang rakan mengenai berita tersebut dimana kebetulan rakan tersebut juga berada di Singapura.Ketika sms itu diterima, Majlis Tertinggi UMNO sedang hangat membincangkan isu Ahmad Ismail.Muhyiddin tidak hadir ke mesyuarat Khas MT semalam kerana berada di Singapura bagi menghadiri Sidang Kemuncak Forbes di Singapura semalam.
Namun penulis berjaya mengesahkan kandungan penuh kenyataan Muhyiddin sejurus selepas itu daripada rakan - rakan yang lain . Tetapi kenapa tiba - tiba beliau bertindak memberikan satu kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai termasuk PM setelah semua pihak telah bersetuju mengenai pelan peralihan kuasa tersebut.
Pada sidang media di Singapura Muhyiddin juga menyelar impian 16 September Anwar Ibrahim. Ketika ditanya khabar angin beliau akan team up dengan Tengku Razali beliau menjawab "itu hanya khabar angin".Kenapa Muhyiddin bertindak sedemikian? Ada agenda ? Inilah cakap - cakap politik yang hangat dibahaskan.

KHABAR DARI LABUAN : PUTERI LABUAN TENANG ; RAHIMAH MENANG TANPA BERTANDING ; PUTERI SOKONG SUHAILI ?

LABUAN ( WILAYAHKINI ) -- Ketika bahang pemilihan bagi merebut Ketua UMNO Bahagian Labuan sedang memuncak diantara Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusuf Mahal namun Pergerakan Puterinya nampak tenang apabila Rahimah Lamat menang tanpa bertanding.
Puteri Labuan dibawah pimpinan Rahimah juga dikatakan begitu aktif diperingkat bahagian dan berita terkini ialah Puteri Labuan juga telah melancarkan sebuah laman blog baru - bagi memperkukuhkan lagi hubungan diantara puteri - puteri lain di seluruh Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan. Para pembaca boleh melayari blog Pu3 Labuan di www.puterilabuan.blogspot.com
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan Pergerakan Puteri Labuan juga menyokong kepimpinan Penyandang Ketua Bahagian Datuk Suhaili Abdul Rahman bagi mempertahankan jawatanya? Kita tungu reaksi dari Ketua Puteri Labuan selepas ini ? Sementara itu, Rahimah juga dilihat sebagai calon Exco Puteri UMNO Malaysia ?
(Penerangan Gambar : Datuk Suhaili bersama Exco Puteri Labuan ; Rahimah )

DBKL AKAN TURUNKAN PAPAN TANDA JALAN YANG " TERLARANG " DI KL ; KELULUSAN HANYA UNTUK PAPAN TANDA GUNA BAHASA KEBANGSAAN !

KUALA LUMPUR -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) hanya akan meluluskan papan tanda penggunaan bahasa kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan orang lain tidak boleh senang - senang pasang papan tanda kata Ketua Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuff dengan tegas hari ini.
Sekiranya ada papan tanda yang " TERLARANG", DBKL akan menurunkanya , katanya ketika megulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menunjukkan gambar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang berada di bawah sebuah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan cina dan tamil.Namun papan tanda tersebut yang dinamakan papan tanda "muhibah" belum mendapat kelulusan DBKL walaupun DAP telah mengemukakan permohonan kepada DBKL. Sila baca kenyataan penuh Salleh Yusuff di sini -Bernama.com ver 5.0