Saturday, August 30, 2008

SEGELINTIR PEMIMPIN PUTERI UMNO DI WP SUDAH PANDAI MAIN SILAT ; PENAMPILAN RAMAI REMAJA BARU " DISEKAT" DI PERINGKAT CAWANGAN -- "NO ENTRY" !!

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) --Dalam kehangatan bahang pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian sikap keberanian segelintir pemimpin Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan dikatakan telah terlanjur sedikit sampai "menyekat kemasukan beberapa ahli - ahli baru menyertai dan mendaftar di cawangan- cawangan yang tertentu sekaligus menghalang mereka bertanding di peringkat cawangan ?".
Wilayahkini telah menerima beberapa emel daripada beberapa ahli yang begitu berminat menyertai Pergerakan Puteri tetapi niat mereka terbantut apabila dihalang oleh penyandang Ketua Puteri di cawangan - cawangan yang tertentu.
Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera - UMNO khususnya Puteri UMNO dikatakan akan kehilangan ramai remaja dan boleh mendorong mereka menyertai parti pembangkang.
"Kenapa kita nak halang ahli - ahli baru yang muda, berkaliber dan berpendidikan di peringkat cawangan? Inilah yang menyebabkan ramai remaja sudah bosan dengan perangai segelintir pemimpin Puteri UMNO dan tidak berminat menyertai UMNO kerana penampilan mereka disekat di peringkat akar umbi", kata seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Wilayahkini juga telah memulakan siasatan mengenai aduan tersebut - dan kami berharap para pembaca juga dapat berkongsi pandangan dalam isu ini.Anda ada maklumat? Sila emel kepada dan hantar komen.
Wilayahkini juga difahamkan "insiden sekatan" ini berlaku kerana - penyandang Ketua - Ketua Puteri di cawangan tertentu tidak mahu jawatan mereka di cabar atau dirampas oleh calon - calon baru ? Apa nak jadi ? Nampak gaya pemimpin tertentu di peringkat Puteri di WP juga sudah pandai " bermain silat sepertimana berlaku di peringkat bahagian".

Friday, August 29, 2008

SELEPAS DITANGGUHKAN ; MESYUARAT CAWANGAN BERMULA SEKALI LAGI MINGGU INI ; SEKALI LAGI BAHAGIAN MENJADI PANAS DAN PERHATIAN !

KUALA LUMPUR -- Setelah lebih seminggu persidangan cawangan UMNO diseluruh negara ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil Pertamang Pauh - namun "penangguhan" tersebut dilihat hanya diatas kertas sahaja.Malah, bahang kempen diteruskan sampai ke Permatang Pauh apabila penyandang Ketua - Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan membawa team masing - masing sampai ke Permatang Pauh tetapi bukan untuk berkempen - tetapi untuk "tunjuk muka" kepada pemimpin atasan.Inilah realiti yang sebenar. Malah ada pula kumpulan lain pula yang membawa team - team mereka untuk " turun padang" ke Permatang Pauh untuk melengkapkan masa sambil berkempen untuk diri masing - masing. Minggu ini , lebih banyak cawangan - cawangan akan bersidang untuk menentukan nasib di bahagian masing- masing khususnya di Batu, Segambut, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan juga Wangsa Maju.Keadaan menjadi semakin panas di Wilayah Persekutuan. Setelah mereka berlabuh selama seminggu di Permatang Pauh - kini tibalah masa dan saat yang dinantikan .Kita tengok apa yang akan berlaku minggu ini.Isu arahan mesyuarat semula kepada beberapa cawangan serta isu cawangan yang digantung - turut menjadi agenda politik di Wilayah Persekutuan.

ANALISIS : KENAPA BN TEWAS DI PERMATANG PAUH ???

KUALA LUMPUR -- Sejak hari pertama gelanggang politik Permatang Pauh dibuka , kita telah mendengar, membaca dan menilai bermacam - macam cerita sehinggalah hari ini - setelah keputusan memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang dijangka oleh pelbagai pihak.Namun, kemerosotan undi BN kali ini menimbulkan pelbagai andaian dan juga ramalan politik semasa termasuk kredibiliti BN dipersoalkan.Apakah yang terjadi ? Di mana silap BN ? BN tersilap langkah atau strategi? Sila baca kupasan menarik Pengarang Berita Berita Harian Ahmad Zaini Kamarulzaman.SILA KLIK DISINI-Berita Harian Online

Thursday, August 28, 2008

KONSERT AVRIL LAVIGNE ESOK DI STADIUM MERDEKA ; PEMUDA PAS WP TAK PUAS HATI ; NAK BUAT BUAT BANTAHAN PULAK ! APA NAK JADI ESOK? MACAM - MACAM !

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan hari ini memberi amaran akan berkumpul di Stadium Merdeka malam esok bagi menunjukkan tanda bantahan konsert Avril Lavigne . Mereka berkata lebih 500 ahli Pas dari WP akan berkumpul di Stadium Merdeka bagi mengedarkan risalah bantahan kepada orang ramai malam esok di luar Stadium Merdeka. SILA KLIK DISINI
Penganjuran konsert Avril Lavigne telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesenian dan Warisan Malaysia termasuk agensi - agensi yang terbabit termasuk pihak polis.Tindakan Pas ini boleh mecetuskan keadaan yang tidak baik di luar stadium malam esok sekiranya mereka bertekad untuk membuat bantahan.Dunia sedang memerhatikan negara dalam isu ini. Apa nak jadi dengan Malaysia sampai konsert pun sering menjadi bahan sasaran serta di politikkan? Pas berkata penyanyi dari Kanada tersebut sebagai " simbol sex-- memang sungguh melucukan. SILA KLIK DISINI

WARGA KOTA KUALA LUMPUR HANYA HARAPKAN BENDERA PERCUMA ; ADA PULA YANG KIBARKAN BENDERA YANG KOYAK DAN PUDAR WARNA - LAGI BIADAB ; INSAFLAH WARGA KL !

KUALA LUMPUR -- Dimana semangat merdeka kita ? sebagai seorang warganegara Malaysia, hanya setahun sekali kita merayakan sambutan merdeka negara tetapi sikap warga kota yang tidak ambil peduli , sikap tidak apa, sikap tidak kisah mengenai sambutan kemerdekaan ini memang sungguh mengecewakan.Adakah kita hanya sibuk untuk berpolitik sampai kita lupa dengan tanggugjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia? Apa yang negara harapkan dari anda ? -- Hanya sebuah bendera Malaysia - yang paling murah RM 1 harganya dikibarkan di kereta ataupun bangunan masing - masing.Warga kota terlalu di manjakan dengan pemberian bendera percuma.Mereka hanya harapkan bendera percuma sahaja apabila setiap tahun sambutan merdeka tiba. Takkan kita tidak boleh beli sebuah bendera dengan harga RM 1 ? Sungguh memalukan dan mengecewakan, sedangkan mereka boleh berbelanja untuk barangan lain.Sungguh mengecewakan lagi apabila kita nampak ada pemilik bangunan di Kuala Lumpur yang kibarkan bendera Malaysia yang telah pudar warnya dan ada yang telah koyak kainya - lagi biadap. Tiada maaf bagi mereka. Mereka perlu di hukum. Ada pula orang kenamaan yang pakai kereta - kereta besar tetapi malu untuk kibarkan bendera Malaysia di kenderaan mereka. Insaflah wahai warga kota Kuala Lumpur . Jalur Gemilang - simbol kebanggan kita - baca disini --Bernama.com ver 5.0

Wednesday, August 27, 2008

ahhhhhhh.......SEGELINTIR AHLI WANITA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN " MERAJUK " DI PERMATANG PAUH SAMPAI BALIK KL ? APA SUDAH JADI...?

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- ahhhh.....Segelintir ahli - ahli Wanita UMNO Wilayah Persekutuan merajuk dengan tingkah laku Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berkempen di Permatang Pauh sehingga balik dari Permatang Puah sebelum hari pengundian? Ataupun mereka balik dengan rela hati ataupun isu lain ? yang mana satu betul ?
Wilayahkini difahamkan ada segelintir ahli wanita UMNO dari Wilayah Persekutuan yang berada di Permatang Pauh untuk membantu calon Barisan Nasional "merajuk " dan balik ke Kuala Lumpur sebelum hari pengundian gara - gara ketidak-puashatian dengan gerak geri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita Kepong?Apabila Wilayahkini cuba mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut dan kami dengar dari cakap - cakap ahli - ahli Wanita di mana mereka berkata " memang ada yang telah balik.Ada perbezaan pendapat sikit.Kak Ijat kena tengok perkara ini dengan lebih serius", kata mereka.
Wilayahkini juga difahamkan kemantapan pasukan kerja wanita UMNO WP lumpuh apabila insiden "merajuk" ini berlaku. Apa yang terjadi sebenarnya? Mungkin ahli - ahli wanita daripada WP dapat berkongsi maklumat di Wilayahkini.
Wilayahkini juga difahamkan , Setiausaha Wanita WP, Salmah Pin yang juga merupakan orang kuat Shahrizat turut tinggalkan Permatang Pauh gara- gara perbezaan pendapat ? Apakah berita ini betul ?
Sementara itu Shahrizat yang juga merupakan Penasihat Khas kepada PM mengenai Hal Ehwal Wanita berstatuskan Menteri tetapi tidak boleh masuk mesyuarat kabinet - TETAPI...dan...TETAPI... tetap menerima semua imbuhan dan keistimewaan seperti seorang Menteri, kini sedang sibuk berkempen menjadi Ketua Wanita UMNO selepas tersungkur di Lembah Pantai.
Manakala di Lembah Pantai pula, sudah ada kedengaran mereka tidak mahu lagi calon dari "luar kawasan" bertanding di Lembah Pantai lagi.
Mungkin Shahrizat yang menerima gelaran " ratu bollywod" daripada Nurul Izzah semasa PRU yang ke 12 perlu kuatkan semangat sikit untuk menjaga hati wanita di Wilayah Persekutuan.

Tuesday, August 26, 2008

SUHU UMNO PUTRAJAYA BERTAMBAH PANAS ; BELUM ADA SATU KEPASTIAN LAGI ; KU NAN BERTINDAK SELEPAS INI ?

PUTRAJAYA ( Wilayahkini ) --Kehangatan gelombang politik di Putrajaya semakin mendadak walaupun persidangan cawangan ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Pelbagai episod telah mewarnai UMNO Putrajaya sejak dari hari pertama mesyuarat cawangan dimulakan. Bermula dari kontroversi " ROS", kemunculan Ahmad Fairuz bertanding jawatan Ketua Bahagian, arahan mesyuarat semula kepada beberapa cawangan, penafian Datuk Seri Ali Rustam mengenai kedudukan Ahmad Fairuz sebagai Pegawai Khasnya, penangguhan mesyuarat cawangan Tanjung kali ke 3 berturut, kemelut di Pemuda melibatkan Zaki dan Tun Faizal serta isu - isu semasa melibatkan UMNO Putrajaya menjadikan bahagian ini menjadi " tarikan " utama pelbagai pihak.
Dua cawangan - IXORA dan KASTURI telah diarahkan untuk bermesyuarat semula.Untuk rekod, kedua- dua cawangan tersebut sebelum ini telah mencalonkan Ahmad Fairuz bertanding Ketua Bahagian. Status cawangan BUNGA MAWAR dan BUNGA TANJUNG masih lagi menjadi satu tanda tanya. Di khabarkan pula, Cawangan BUNGA TANJUNG telah "digantung?"
Sebelum ini Ahmad Fairuz yang menjadi perhatian semua apabila berjaya mendapat 4 pencalonan dan hanya memerlukan satu pencalonan untuk melayakkanya bertanding sebagai Ketua Bahagian kini dikatakan mengalami pelbagai "dilemma politik " khususnya selepas penafian Ali Rustam mengenai kedudukanya sebagai Pegawai Khasnya ( Kata Ali Rustam Ahmad Fairuz hanya menjadi Pegawai Khas sampai 31hb Julai 2008) serta perkembangan terkini di UMNO Putrajaya telah meletakkan Ahmad Fairuz dalam fenomena yang lebih sukar.
Ada yang melihat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menang tanpa bertanding walaupun ada suara - suara yang mahukan penyandang Timbalan Ketua Bahagian Datuk Khairuddin Samad bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Ada pihak pula yang "mengkritik" dengan lantang mengenai sikap Setiausaha Bahagian yang sanggup melalaikan tangguggjawanya sehingga isu ROS tertimbul dan hampir - hampir menyebabkan UMNO Putrajaya " lumpuh".
UMNO Putrajaya hanya mempunyai 23 cawangan - satu bilangan cawangan yang kurang di Wilayah Persekutuan sepertimana jugak peratusan pengundi di Putrajaya namun, perkembangan politik Putrajaya dilihat menjadi lebih panas sejak mesyuarat cawangan bermula- lebih - lebih Tengku Adnan kini menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Perhitungan antara Zaki dan Tun Faizal bagi merebut jawatan Ketua Pemuda juga semakin rancak apabila kempen - kempen semakin berleluasa sehingga ke Permatang Pauh. Apakah yang akan berlaku selepas ini ? Wilayahkini mendapati belum ada SATU KEPASTIAN di Putrajaya sehingga hari ini. Semuanya terletak di tangan ahli - ahli UMNO Putrajaya selepas ini bagi menentukan hala tuju UMNO Putrajaya.

Sunday, August 24, 2008

BAHANG PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN WP ; PERMATANG PAUH MENJADI DESTINASI ' PERHENTIAN BERKEMPEN SEMENTARA' ; KETUA2 BHGN PILIH TEAM MASING2 !

PERMATANG PAUH (wilayahkini) -- Dalam kesibukan berkempen di Permatang Pauh yg ketika ini begitu panas sekali menjelang 24 jam lagi untuk hari pengundian ,pemimpin- pemimpin dari Wilayah Persekutuan turut menjadikan destinasi Permatang Pauh sebagai pusat operasi sementara - proses berkempen bagi pemilihan bahagian.
Walaupun Majlis Tertinggi telah mengeluarkan arahan supaya semua persidangan cawangan ditangguhkan sehingga Pilihanraya Kecil Permatang Pauh selesai, tetapi kehangatan kempen bahagian telah sampai ke Permatang Pauh.
Wilayahkini difahamkan beberapa Ketua Bahagian telah membawa "Team" pilihan masing2 ke Permatang Pauh untuk membantu jentera BN WP yg diketuai oleh Ketua UMNO Titiwangsa Drs. Suleiman Mohd.
Disebalik aktiviti berkempen inilah tersirat dan tersurat segala rancangan sulit - berkempen untuk mempertahankan nasib masing2 di bahagian nanti.
Apapun, Permatang Pauh menjadi medan berkempen untuk pemilihan bahagian dan juga Pilihanraya kecil.
Mengikut perkembangan terkini, penyandang Ketua Bahagian Batu, Seputeh, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Labuan, Putrajaya masih berada di zon panas.
Pada masa yg sama, Wilayahkini juga mendapati Pergerakan Pu3 dari WP begitu aktif berkempen di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan BN.

Saturday, August 23, 2008

SEGAMBUT : KAMARUDDIN AMBOK HAMPIR PASTI MENANG TANPA BERTANDING ? DUA LAGI PENCALONAN " TERSUNGKURNYA HADI ?" ; FIONA SEKALI LAGI DIPILIH KETUA PU3 !

SEGAMBUT ( Wilayahkini ) -- Penyandang Ketua UMNO Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok dikhabarkan akan menang tanpa bertanding kali ini ? Walaupun sebelum ini ada pelbagai ramalan dan spekulasi mengenai kedudukanya untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian.
Kamaruddin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan hanya memerlukan dua pencalonan lagi untuk melayakkanya menang tanpa bertanding seterusnya di nobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Segambut.
Segambut yang digemparkan dengan pelbagai isu termasuk " kontroversi peruntukan PRU ke 12, permainan politik ATM Bergerak dan bermacam - macam lagi nampak begitu reda sedikit selepas minggu keempat setelah persidangan cawangan - cawangan bermula" .
Bendahari UMNO Bahagian Segambut Hadi Mad Zam yang dikatakan akan memberi tentangan yang sengit kepada Kamaruddin kelihatan " hampir - hampir hilang punca? " , kata satu sumber kepada Wilayahkini.
" Belum ada sebarang keputusan muktamad lagi..kita kena tunggu selepas pilahanraya kecil Permatang Pauh. Barulah kedudukan sebenar dapat ditentukan ", kata satu sumber lagi.
PUTERI TENANG, PEMUDA KACAU BILAU
Sementara itu, penyandang Ketua Puteri Segambut Nuzry Fionawatty menang tanpa bertanding sebagai Ketua Puteri Segambut sekali lagi manakala Norisah Hj Hakim pula menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Puteri. Daripada kesemua 23 cawangan Puteri di Segambut, 19 cawangan telah mencalonkan Fiona dan Norisah untuk jawatan Ketua dan Naib. Dua cawangan lagi belum bermesyuarat manakala mesyuarat satu lagi cawangan di tangguhkan.
Fiona juga dijangka akan menawarkan diri bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.
Manakala perkembangan di Pergerakan Pemuda nampak bagaikan " kacau bilau" sedikit di mana 3 calon dikatakan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian. BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL...

Friday, August 22, 2008

LAWATAN MENGEJUT PAK LAH KE KL MENAIKI LRT ; MENGEMPARKAN WARGA KOTA !

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke stesen LRT di sekitar Kuala Lumpur mengemparkan warga kota hari ini.Malah ramai warga kota yang ditemui melahirkan rasa " terharu dan tergamam " seketika apabila melihat Perdana Menteri menaiki LRT dan meninjau sendiri kesusahan yang di alami oleh warga kota setiap hari. Pak Lah sendiri mengakui sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur menunjukkan banyak kelemahan dan beliau sendiri telah melihat serta merasai segala detik - detik kesusahan warga kota hari ini. Apa pun, wartawan Wilayahkini yang turut berada di lokasi tersebut bersama Pak Lah, kagum dengan sifat keprihatinan yang telah ditunjukkanya oleh seorang Perdana Menteri sebuah negara hari ini.Rata - rata warga kota kelihatan " tidak percaya langsung" apabila melihat Pak Lah berada dalam tren.Ramai yang tampil bersalam dengan beliau sambil menceritakan pengalaman mereka setiap hari. Mereka juga menjemput Pak Lah duduk , tetapi beliau dalam keadaan yang tenang , terus berdiri dari stesen Serdang ke Stesen Sentral- seterusnya sampai stesen Masjid Jamek.

POSTER KABINET BAYANGAN ANWAR IBRAHIM PANASKAN PARLIMEN DAN SUASANA KEMPEN DI PERMATANG PAUH ; DI NAFI OLEH PKR !

PERMATANG PAUH -- Perang poster di Permatang Pauh digemparkan dengan pengedaran poster" Bayangan Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim".Pengedaran poster tersebut masih lagi menjadi satu "teka teki " politik di Permatang Pauh ( Siapa yang disebalik tabir poster tersebut? ) kerana pengedaranya dinafikan datang dari PKR, kata pemimpin - pemimpin tertinggi PKR hari ini.Malah poster tersebut juga difahamkan oleh Wilayahkini diedarkan di Parlimen hari ini.Dalam kesibukan berkempen di Pertamatang Pauh - isu poster bayangan Kabinet Anwar Ibrahim menjadi tajuk cakap - cakap politik yang panas ketika ini. Fikirlankah,apakah hikmah disebalik poster tersebut ? Rakyat sendiri dapat menilainya.
Ketika Anwar Ibrahim begitu yakin dapat menubuhkan kerajaan seterusnya menjadi Perdana Menteri pada 12 September depan, isu kabinet bayangan ini terus menjadi perhatian.Kita tunggu dan lihat apakah akan berlaku lagi selepas ini. Pertamang Pauh menjadi ukuran ataupun Permatang Pauh menjadi tempat dimana bermulanya satu sejarah baru politik negara ?

Thursday, August 21, 2008

PERMATANG PAUH : APABILA KEMPEN BERTUKAR MENJADI KASAR ........DAN APABILA HATI "PUTERI WP" TERGURIS......!

Kempen yang kasar di PERMATANG PAUH... " Apa agaknya mereka rasa kalau perkara yang sama diperlakuan kepada ibu, isteri, anak ataupun adik perempuan mereka ? kemarahan dalam hati meluap - luap" .... Sila Klik Disini untuk berita selanjutnya-Puteri Ismalina . Satu pengalaman - Kisah Benar yang dapat dikongsi bersama !

SEPUTEH : PUTERI DAN PEMUDA "POPULARKAN DAN GLAMOURKAN NAMA SEPUTEH" ; PERTANDINGAN PERSONALITI DI PU3 SEPUTEH ?

Seputeh ( WILAYAKINI ) -- Walaupun Parlimen Seputeh tidak begitu popular di Wilayah Persekutuan namun kerancakan bahang pemilihan UMNO di Bahagian Seputeh telah meletakkanya sebagai satu kawasan "daya tarikan utama " di Wilayah Persekutuan ketika ini, khususnya perkembangan yang menarik di Pemuda dan Puteri dari masa ke semasa.
Walaupun penyadang Ketua Bahagian Datuk Hisham Abdul Majid hampir pasti akan di tentang oleh calon lama Mustapha Kamal , namun persaigan jawatan Ketua Bahagian yang bakal memperlihatkan " edisi ulangan tahun 2004" tidak sehangat sepertimana perkembangan di Puteri dan Pemuda.
Mengikut perkembangan pencalonan terkini , Hisham telah mendapat 21 pencalonan manakala Mustapha 7. Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, menampakkan persaingan semakin sengit diantara Razlan (15) dan Alawi (12). Bagi Naib Ketua Pemuda juga pertarungan empat penjuru semakin panas diantara Ghazali ( Bernama) , Bad, Nayan dan Anuar.
Perkembangan di Puteri pula dikatakan telah menceriakan politik Seputeh dengan macam - macam kempen Puteri yang berwarna - warni. Ada yang kata " politik kecantikan personaliti, gaya keuggulan minyak wangi Dior, gaya beg LV , Kasut Guess ...hingga ke siapa lebih cantik serta website Puteri Seputeh dah hilang....serta macam - macam lagi telah merancakkan politik di Puteri Seputeh". Bagaikan pertandingan "ratu cantik Seputeh", kata seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Penyandang Ketua Puteri Seputeh Azliza masih di depan dengan 16 pencalonan manakala Mona pula hanya mendapat 5 pencalonan setakat hari ini.Manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula, Wati -17 dan Azian - 4 pencalonan.
Bagi jawatan Ketua Wanita, Senator Datuk Azizah hampir pasti sekali lagi menang tanpa bertanding.

Tuesday, August 19, 2008

BUKIT BINTANG : BINTANG AZIM SEMAKIN CERAH ; LABUAN : SUHAILI TERUS GAH, YUSUF MAHAL MASIH KEJAR DARI BELAKANG !

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Abd Azim Zabidi yang juga merupakan Bendahari UMNO Malaysia dan Wilayah Persekutuan dijangka akan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang.
Walaupun sebelum ini ada cakap - cakap politik mengatakan Azim bakal dicabar oleh Datuk Raof Yusuff, namun Wilayahkini difahamkan Raof menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian ataupun Naib Ketua Bahagian. Di khabarkan ada beberapa perkembangan menarik di Bukit Bintang kali ini.( Berita lanjut akan menyusul )
SUHAILI MASIH DI DEPAN DI LABUAN ; SUHAILI -18 , YUSUF - 3 :
Sementara itu di LABUAN pula, selepas politik Labuan dikejutkan dengan insiden baling kerusi, siasatan BPR, Penyandang Ketua Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman masih menguasai senarai pencalonan dengan mendapat 18 pencalonan manakala Datuk Yusuf Mahal 3 pencalonan.Di khabarkan dua cawangan telah diarahkan mengadakan mesyuarat semula, manakala satu cawangan "digantung". Masih ada 6 cawangan lagi belum bersidang lagi.Minggu ini dikatakan akan lebih menarik -minggu terakhir bagi cawangan - cawangan menamatkan mesyuarat masing - masing !

ASTAMAN HIDUPKAN SEMULA KARIER POLITIK ; PENAMPILANYA MENJADI TUMPUAN DI WANGSA MAJU !

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dijangka akan kembali menghidupkan semula karier politiknya selepas mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Walaupun dua minggu yang pertama, Astaman terpaksa bertarung dengan pelbagai karenah politik untuk mendapatkan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian, namun akhirnya Astaman berjaya mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi pada minggu lepas. Untuk rekod, Astaman yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa ( 2004-2008) dibebaskan dari penggantungan ahli UMNO ekoran daripada kes politik wang dua bulan yang lepas.
Astaman yang juga sebelum ini di war - warkan akan bertanding jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju dikatakan memberi laluan kepada Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri.Apakah gandingan Zainal dan Astaman dapat mengusai politik Wangsa Maju pada pemilihan Bahagian pada bulan Oktober nanti? Apakah Astaman dan Zainal dapat menyekat kemaraan Datuk Mohd Shafie yang telah "memonopoli pencalonan" daripada cawangan- cawangan ?
Apapun pemerhati politik menyifatkan kebangkitan semula Astaman bakal menyaksikan beberapa episod yang menarik di Wangsa Maju selepas ini. Mereka berkata, isu pencalonan tidak langsung akan mencerminkan - undi bagi jawatan Ketua Bahagian dan juga jawatan - jawatan lain di Bahagian .
Diatas kertas, semua calon di lihat dapat menandingi antara satu sama lain dan apa yang pasti akan ada kejutan di Wangsa Maju kali ini ? Astaman dilihat sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan strategi khususnya apabila " keadaan yang cemas" !

LEMBAH PANTAI : YUSRI BANGKIT SEMULA ; PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU BAGI JAWATAN KETUA BAHAGIAN ! JAWATAN KETUA PU3 TURUT "PANAS" !

Lembah Pantai ( WILAYAHKINI ) -- Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad yang sebelum ini terpaksa berhempas pulas mendapatkan pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai akhirnya "bangkit semula" dan dikhabarkan telah mendapat pencalonan yang secukupnya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai.
Dengan perkembangan tersebut, jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Yusri, mantan Ketua Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik dan juga seorang muka baru Ahmad Zaharan Ibrahim.
Penampilan semula Raja Nong Chik ke dalam kancah politik Lembah Pantai bukan telah memberi tamparan hebat kepada Yusri yang dikatakan berhadapan dengan " Dilemma Pencalonan" sebelum ini. Malah, penampilan Zaharan, yang juga kurang dikenali tetapi berjaya mendapat lebih pencalonan daripada Yusri telah menyebabkan UMNO Lembah Pantai menjadi huru hara.Ada pihak sudah meramalkan dan membuat spekulasi yang macam - macam mengenai kedudukan Yusri di Lembah Pantai.
Apakah Yusri dapat mengimbangkan fenomena politik di Lembah Pantai selepas ini ? - Apa yang pasti, Yusri dikatakan perlu berkerja keras sekiranya ingin menang sebagai Ketua Bahagian kali ini. Untuk rekod, Penyandang Ketua Bahagian Lembah Pantai - Datuk Shahrir masih lagi dalam proses penggantungan ekoran daripada kes politik wang.
Bagi jawatan Timbalan pula,penyandang Naib Ketua Bahagian Adnan Mudzi,Rahmat Osman ( Ketua Cawangan) dan Ikhsan Samsuddin( Ketua Cawangan) - tekah menawarkan diri dijangka akan menjadi tumpuan.
Selain jawatan Ketua Bahagian dan Timbalan, pertembungan untuk jawatan Ketua Puteri juga menjadi perhatian ramai, apabila ADUN Tualang Sekah Nolee Ashilin Radzi yang juga merupakan AJK Bahagian dan Ecxo Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (gambar) menawarkan diri bersama seorang lagi calon yang berwibawa Norasyikin Jaafar yang merupakan AJK Puteri UMNO Lembah Pantai. Kedua - dua mereka dikatakan mendapat sokongan yang sama rata di Lembah Pantai berdasarkan proses pencalonan yang diterima dimana berkedudukan 9 - 9 !

TALIAN UNDI SEGAMBUT : HARI TERAKHIR...KEDUDUKAN SEMAKIN SENGIT ! UNDI CALON PILIHAN ANDA SEGERA !

Segambut ( WILAYAHKINI ) -- Para pembaca Wilayahkini hanya mempunyai 21 jam sahaja lagi untuk mengundi pemimpin yang berkaliber - memimpin UMNO Bahagian Segambut. Setelah 12 hari proses pengundian dijalankan di Wilayahkini dan mengikut kedudukan terkini Hadi Mad Zam telah mendapat sebanyak 96 undi manakala Datuk Kamaruddin Ambok 90 undi. Ada masa lagi. Undilah calon pilihan anda. Laporan lanjut mengenai politik Segambut akan menyusul !

Monday, August 18, 2008

UMNO BANDAR TUN RAZAK : PERTEMBUNGAN "TRADISI" ANTARA AMIL SALLEH DAN MOKHTAR SAMAD BERULANG KEMBALI ; RAHIM BABA PERTAHAN JAWATAN TIMBALAN !

Bandar Tun Razak ( WILAYAHKINI ) -- Bekas Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad sekali lagi sudah bersedia untuk mencuba nasib untuk merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dalam satu lagi episod pertembungan satu lawan satu dengan penyandang Ketua Bahagian BTR Datuk Amil Salleh yang di sifatkan sebagai "Pertandingan Tradisi".
Datuk Amil Salleh yang telah di bebaskan dari penggantungan kes politik wang baru - baru ini setelah digantung selama 3 tahun , dikatakan sudah bersedia berdepan dengan Datuk Mokhtar Samad. Mengikut info yang diterima oleh Wilayahkini, sehingga semalam Datuk Amil telah mendapat 31 pencalonan manakala Datuk Mokhtar pula 19 pencalonan dimana kedua - dua mereka telah melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Sepertimana diketahui umum, sepanjang tempoh penggantungan Amil Salleh, jawatan Pemangku Ketua Bahagian telah disandang oleh Datuk Rahim Baba dimana beliau dikatakan telah memimpin UMNO BTR dengan baik dan sistematik.
Walaupun ada ura - ura sebelum ini, Rahim Baba akan menawarkan diri jawatan Ketua Bahagian , namun Wilayahkini difahamkan Rahim telah memberi laluan kepada bekas "bosnya" Amil Salleh bertanding semula mempertahankan jawatanya?
Persaingan diantara dia jaguh BTR tersebut, Amil Vs Mokhtar dikatakan akan lebih menarik kali ini dimana Mokhtar dikatakan akan memberikan tentangan yang sengit kali ini. Apakah angin perubahan akan berlaku di BTR kali ini sekaligus memihak kepada Mokthar ataupun Amil akan terus kebal di BTR ?- soalan cepumas di BTR ketika ini.
Rahim Baba telah mendapat telah 23 pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian setakat berita ini ,ditulis hari ini. Beliau dijangka menerima tentangan dari Datuk Rahman dan Sahahrudin. UMNO BTR merangkumi sebanyak 56 cawangan dan 6 cawangan lagi dilaporkan masih belum bersidang.
Walaupun UMNO BTR dikejutkan dgn insiden bekas Naib Ketua Bahagian BTR Norasidi Salim serta 151 ahli UMNO BTR menyertai PKR baru - baru ini namun, perkembangan tersebut dikhabarkan langsung tidak mengugat kekuatan UMNO BTR. Malah, Norasidi dikatakan "tidak banyak penyumbang kepada UMNO BTR dan pemergianya tidak ada sebarang kesan kepada UMNO BTR", Kata seorang pemimpin UMNO BTR kepada Wilayahkini.
Penyandang Ketua Pemuda UMNO BTR, Rizalman Datuk Mokhtar dijangka sekali lagi akan menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda. BTR sekali lagi menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas PRU ke 12 !

Sunday, August 17, 2008

PEMUDA DI WP : MASIH ADA HARAPAN BARU ? PENCARIAN PEMUDA BARU YANG BERKALIBER SUDAH BERMULA ; PERSAINGAN MENJADI PERHATIAN DAN TUMPUAN !

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Perhitungan politik di peringkat Bahagian yang melibatkan Pergerakan Pemuda di Wilayah Persekutuan memang menarik perhatian dimana beberapa muka baru yang berkaliber menampilkan diri untuk memberikan imej baru kepada Pemuda WP setelah di tinggalkan begitu sahaja oleh Ketua Pemuda WP Datuk Norza Zakaria. Perangai Norza sebelum dan selepas PRU ke 12 bukan sahaja tidak disenangi oleh ramai ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan malah mereka mahukan satu kepimpinan yang lebih berwawasan di Wilayah Persekutuan selepas ini- dimana KL menjadi gerbang utama politik negara.
Wilayahkini difahamkan beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan menyaksikan saingan yang sengit termasuk di Batu , Segambut, Setiawangsa, Wangsa Maju, Titiwangsa, Putrajaya,Lembah Pantai Labuan dan di Seputeh.
Di Kepong, Bandar Tun Razak dan Cheras dijangka tiada pertandingan dimana penyandang Ketua Pemuda Bandar Tun Razak -Rizalman dan penyandang Ketua Pemuda Cheras- Syed Mehdar dijangka menang tanpa bertanding.
Mengikut rekod terkini hanya 3 orang Ketua Pemuda Bahagian di Wilayah Persekutuan yang layak dapat bertanding dan yang lain terpaksa melepaskan jawatan masing - masing kerana faktor umur. Ketiga - tiga penyandang Ketua Pemuda termasuklah - Ketua Pemuda Putrajaya ( Datuk Zaki ), Ketua Pemuda Cheras ( Syed Mehdar ) dan Ketua Pemuda Bandar Tun Razak ( Rizalman ).
Penyandang Ketua Pemuda WP Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda Wangsa Maju dan Ahli Majlis Tertinggi ( lantikan wakil Pemuda UMNO Malaysia ) dikhabarkan sedang mencari peluang bertanding kerusi Majlis Tertinggi.
Rata- rata bahagian - bahagian menyaksikan persaingan 2, 3 dan di Setiawangsa dikatakan akan ada pertandingan empat penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda. Antara kawasan panas ialah di Putrajaya yang melibatkan persaingan antara Datuk Zaki dan Pegawai Khas Menteri Pelajaran Tun Faizal, walaupun ada ura - ura akan ada usaha pendamaian.
Selain Putrjaya, persaingan di Batu, Seputeh, Titiwangsa dan Segambut turut menarik perhatian. Pencarian Pemuda - sudah bermula di Wilayah Persekutuan. Berita lanjut akan menyusul - mengikut bahagian. Nantikan di Wilayahkini ! ( Hantarkan komen , info terkini kepada Wilayahkini dengan gambar)

Saturday, August 16, 2008

POLITIK BATU : PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT DAN PANAS ( Yusuf-17, Abas-12 ) ; PEMUDA DAN PUTERI TURUT " PANASKAN POLITIK BATU" !

Batu ( WILAYAHKINI ) -- Politik Batu semakin panas sepertimana bahang pilihanraya kecil Permatang Pauh dimana diramalkan akan berlaku " beberapa kejutan" dalam tempoh masa dua minggu ini - menjelang tarikh akhir bagi mesyuarat cawangan selesai.
Jika satu ketika dulu ,AJK UMNO Bahagian Abas (Yahaya Mat Ghani) ketinggalan begitu jauh dalam bilangan pencalonan tetapi perkembangan terkini menyaksikan Abas sudah memperolehi 12 pencalonan manakala penyandang Ketua Bahagian Datuk Yusuf Hamid masih di depan dengan 17 pencalonan.
Sebelum ini nasib "Abas - Batu" dikatakan tidak begitu konsisten kerana hanya mendapat 4 pencalonan. Malah Wilayahkini juga turut dimaklumkan bahawa, pertembungan antara Yusuf dan Abas hanya menarik dari segi percakapan mulut sahaja sebelum ini.Namun, sejak beberapa hari yang lepas, fenomena di Batu bertukar menjadi panas dan menarik apabila Abas berjaya memberikan tentangan yang kuat kepada Yusuf Hamid dalam mendapatkan " kuasa pencalonan".
Malah Wilayahkini juga telah dihujani lebih daripada 200 komen bagi berita mengenai politik Batu yang disiarkan sebelum ini.
Minggu ini, 3 lagi cawangan dijangka akan bersidang di susuli dengan 10 cawangan lagi minggu depan (22hb Ogos - 24hb Ogos ). Berbakikan 13 cawangan lagi, persaingan mendapatkan pencalonan semakin sengit dan kempen - kempen dari kedua- dua pihak semakin rancak-bagaikan episod sebenar pemilihan Ketua Bahagian sudah bermula.
Bagaimana peluang Abas minggu i
KETUA PEMUDA MILIK SIAPA ?
ni ? Apakah Datuk Yusuf akan meraih 3 pencalonan minggu ini atau akan ada kejutan politik di Batu lagi ? Wilayahkini juga ada " dengar - dengar cerita beberapa cawangan akan diarahkan bermesyuarat semula? "
Sepertimana jawatan Ketua Bahagian, perebutan bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian juga menyaksikan saingan diantara penyandang Naib Ketua Pemuda Bahagian - Aznie dan Amir ( Sri Kelantan) dimana kedudukan terkini memihak kepada Aznie dengan kelebihan " satu " pencalonan sahaja. ( Aznie -15, Amir - 14 ). Pada minggu lepas , Aznie dikatakan telah "menyapu dan merampas bersih" lima pencalonan .Bagaimana pula minggu ini ? Perkembangan Pemuda Batu juga menarik perhatian pelbagai pihak di Wilayah Persekutuan sehingga bermacam spekulasi dan ramalan di lontarkan dari masa ke semasa.Kedua - dua calon dikatakan mempunyai potensi dan kelebihan yang tersendiri.
PUTERI BAGAIKAN " SURE HEBOH -- MACAM2 ADA
Walaupun Pergerakan Puteri Bahagian Batu hanya mempunyai 23 cawangan tetapi, pergolakan di Puteri Bahagian Batu bagaikan " Perang Politik yang boleh disifatkan sebagai Sure heboh - dan macam2 ada". Pelbagai kontroversi, kempen - kempen panas berterbangan di layar Puteri Batu. Pertembungan antara Hazreena dan Chombie semakin hari semakin rancak sehingga sukar di ramalkan nasib kedua - dua pemimpin Puteri tersebut. Berdasarkan sumber emel yang diterima mungkin akan ada seorang lagi calon yang bernama "Lily Zanariah" akan muncul untuk jawatan Ketua Puteri ? Apa yang pasti perkembangan Puteri di Batu juga menjadi subjek cakap - cakap politik
yang panas di Wilayah Persekutuan.Wilayahkini berharap Puteri UMNO Batu dapat mengemaskinikan kembali blog mereka yang lama terbengkalai di - http://www.puteribatuwp.blogspot.com/ !
Ada pandangan , info atau komen untuk dikongsi bersama ? Sila emel ataupun hantar komen anda !

WAKIL PEMUDA BATU BANTAH FORUM MAJLIS PEGUAM MALAYSIA ; JANGAN BERMAIN DENGAN API !

KUALA LUMPUR -- Isu mengenai Forum yang bertajuk " Memeluk Islam " yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia masih menjadi tajuk hangat diperbahaskan setiap hari di media massa dan juga media alternatif. Forum tersebut juga menerima tamparan yang hebat apabila dibatalkan ekoran daripada bantahan yang keras daripada masyarakat Islam , beberapa NGO dan tidak lupa Wakil Pemuda UMNO Batu, Wilayah Persekutuan ( Gambar ) yang turut menyertai majlis demontrasi tersebut dan membantah dengan keras tindakan Majlis Peguam Malaysia yang disifatkan sebagai boleh mendatangkan kemudaratan dari segi hubungan kaum dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Dalam emel yang dihantar ke Wilayahkini, pengirimnya Ahmad Fariz juga menyatakan rasa kekesalan Wakil Pemuda UMNO Batu dengan tindakan Majlis Peguam Malaysia. Beliau antara lain dengan lantang bertanya " Mengapa Perlekeh Islam? " .Beliau memberikan amaran kepada Majlis Peguam Malaysia supaya jangan bermain dengan api. Wilayahkini juga tertarik dengan satu lagi komen - mengenai tajuk yang sama dari Princess Aurora - Sila Klik Disini .

Friday, August 15, 2008

APABILA TERLALU RAMAI WAJAH - WAJAH " PM IN WAITING" DI MALAYSIA ....!

KUALA LUMPUR -- Pas mahu Presiden mereka Datuk Seri Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yakin menjadi Perdana Menteri pada 16hb September. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia Datuk Seri Najib juga telah diumumkan oleh Pak Lah sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2010- Jun --Inilah akan terjadi apabila jawatan Perdana Menteri Malaysia menjadi rebutan bagaikan pertandingan bolasepak.Terlalu ramai " PM IN WAITING " di Malaysia ketika ini. Selepas ini siapa lagi ? Ketika BN masih berkuasa dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa tetapi ada juga yakin akan menjadi PM. Mereka sudah mula lantang bercakap mengenai jawatan PM milik siapa ? Siapa yang layak dan sebagainya. Apa nak jadi ? Kita tunggu dari DAP selepas ini .Inilah politik semasa di Malaysia. Jawatan Perdana Menteri pun sudah jadi macam pertandingan bola sepak !

ARIFF SHAH JADI HERO ATAU ZERO ? TERSUNGKUR , TERSINGKIR ATAU KEBANGKITAN ANWAR ? ; PERMATANG PAUH PRU 12 PART 2 !

Permatang Pauh (15hb Ogos, WILAYAHKINI )- Oleh Wartawan Wilayahkini di Permatang Pauh
Suasana menjelang penamaan calon esok semakin dirasakan.Keadaan semakin hangat dan panas.Pemilihan Datuk Ariff Shah sebagai calon BN untuk menentang Anwar Ibarhim bagaikan satu kejutan politik untuk Anwar Ibrahim kerana Ariff dikatakan " pemimpin berorentasikan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira agama dan kaum serta mana - mana parti". Malah pemimpin- pemimpin mengakui track record Ariff di Seberang Jaya dimana beliau berjaya mendapat 99% undi pada PRU yang ke 12 walaupun BN kalah di Parlimen Pertamang Pauh dimana Seberang Jaya merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Pertamang Pauh.Naib Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh ini merupakan ADUN pertama di Malaysia yang membuka laman webnya tersendiri ketika dipilih menjadi ADUN dulu. Pernah sepasukan dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dulu sebagai Ketua Pemuda dan Anear sebagai Ketua Bahagian, Ariff dilihat sebagai seorang yang tanpa kontroversi dan di sukai ramai. Apakah Ariff akan berjaya menafikan peluang Anwar ke Parlimen? Tersungkurnya, Tersingkirnya ataupun kebangkitan politik Anwar berada di tangan Ariff ketika ini. Apakah Ariff akan menjadi hero atau zero ? Inilah yang menjadi cakap - cakap politik di Permatang Pauh. Anwar mendakwa tak perlu undi Ariff kerana beliau sudah pun menjadi Adun Seberang Jaya - sekiranya isu ini dijadikan pendebatan ramai lagi ahli - ahli Pakatan Rakyat yang mempunyai dua kaki di Parlimen dan DUN. Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim dan ramai lagi. Kita tunggu dan lihat episod dan drama majlis penamaan calon esok.Mungkin ada kejutan esok ataupun episod pertandingan bermula ? Ariff berkata , BN turun sebagai underdog berbekalkan peluang 45-55. Pemilihan Ariff boleh dikatakan " akan ada saingan sengit". Kalau calon lain belum tentu lagi . Permatang Pauh bagaikan PRU ke 12 part 2 .Macam- macam ada ! BERITA SEBELUM INI..........
Kuala Lumpur ( TERKINI ) -- Barisan Nasional mengumumkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Datuk Jaya Ariff Omar Shah sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Permatang Pauh. Penamaan calon pada 16hb Ogos.manakala pengundian pada 26hb Ogos. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengarah Jentera BN Parlimen Permatang Pauh mengumumkan nama Ariff Shah sebentar tadi.Sementara ituikuti komen Ketua Pengarang Star - KLIK DISINI

DUIT OH DUIT........PEMIMPIN AMAL RASUAH POLITIK SEKADAR NILAI SEHELAI KAIN PELIKAT ?

Kuala Lumpur --Sekalipun hanya mesyuarat cawangan yang bermula dalam sessi menjelang ke perhimpunan agung UMNO pada bulan Disember kelak tetapi isu politik wangi kini sudah mula menguasai di peringkat cawangan - sesuatu yang jarang berlaku di UMNO.Dulu politik wang hanya menguasai di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi tetapi kali ini cawangan - cawangan menjadi sasaran untuk pencalonan dan sebagainya. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sampai tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden kerana politik wang yang didakwanya semakin parah di UMNO. " Teruk - teruk..ketika ini ada tokoh datang entah dari mana ingin bertanding tetapi duit mereka sudah sampai terlebih dahulu. Jadi biarlah saya tidak bertanding.Siapa yang mahu bertanding, bertandinglah, nak jadi Ketua cawangan ke, Pemuda ke, ambilah", katanya dengan nada yang begitu kecewa". Sementara itu, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyddin Yassin pula berkata " ramai yang saban hari menghubungi saya mengenai kes politik wang...saya tak boleh buat apa - apa dan saya mintak mereka lapor kepada Lembaga Disiplin parti ".Pemimpin amal rasuah politik sekadar nilai pelikat atau macam pakai kain pelikat? ataupun RM 500? Sila Klik Disini untuk laporan lanjut - Bernama.com ver 5.0

Thursday, August 14, 2008

POLITIK PUTRAJAYA TERUS BERGOLAK ? SURAT TUNJUK SEBAB ; FAIRUZ MEMBURU "SATU" PENCALONAN ; TENGKU ADNAN BAKAL MENANG TANPA BERTANDING ? ADA LAGI ?

Ulasan WILAYAHKINI dalam ruangan KOMEN - Terkini !
Putrajaya ( WILAYAHKINI 14hb Ogos ) -- Politik Putrajaya terus menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan.Semakin hari macam - macam cerita yang menjadi bahan bualan dan macam - macam lagi yang muncul. Yang terkini Wilayahkini difahamkan isu mengenai surat tunjuk sebab, kepada dua cawangan yang mencalonkan Ahmad Fairuz atas beberapa sebab, menjadi "agenda utama politik perbahasan dan pendebatan di Putrajaya" ? .Ada yang melihat perkembangan terbaru tersebut telah memberikan tamparan yang hebat kepada Ahmad Fairuz dan para penyokongnya ketika beliau hanya memerlukan satu pencalonan sahaja lagi. Apa yang sedang berlaku di Putrajaya? Tengku Adnan dijangka menang tanpa bertanding ataupun akan ada " Kejutan Politik" di Putrajaya ? Apapun , Wilayahkini mendengar minggu ini akan ada satu "kepastian politik" di Putrajaya?
KETUA PEMUDA ; PERSAINGAN ANTARA ZAKI DAN TUN FAIZAL
Selain episod antara Ahmad Fairuz dan Ku Nan jadi perhatian , bahang pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian antara penyandang Datuk Zaki dan Tun Faizal juga menjadi perhatian umum di Wilayah Persekutuan. Kedua - dua mereka dikatakan mempunyai "backing dan pengaruh" yang kuat. Walaupun pelbagai ramalan diutarakan dari masa ke semasa, Wilayahkini juga difahamkan ada juga usaha " rundingan pendamaian" ? Namun ada yang melihat, Tun Faizal mempunyai peluang terbaik? Ada yang melihat percaturan di Putrajaya bakal mencorakkan kempimpinan Pemuda di WP nanti , lebih - lebih lagi Zaki sebelum ini dikatakan bakal dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO WP sekiranya " lepas" di Putrajaya.
Sementara itu bagi jawatan Ketua Wanita pula, 3 calon menjadi pilihan ialah-Azizah Mohd Nor,Sadiah Bakar dan Zarina Ismail. Bagi Ketua Puteri di lihat tiada pertandingan.
BERITA SEBELUM INI....................
Putrajaya ( WILAYAHKINI ) -- Percaturan politik bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya diantara penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahmad Fairuz yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya semakin panas menjelang penghujung minggu ini lebih - lebih lagi Ahmad Fairuz ( gambar) hanya memerlukan satu pencalonan lagi.
Kedudukan terkini menyaksikan Tengku Adnan yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO Malaysia telah mendapat 13 pencalonan manakala Ahmad Fairuz yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Ali Rustam telah mendapat empat pencalonan setakat hari ini.SILA KLIK DISINI-
myMetro.
Daripada 23 cawangan di Putrajaya, 17 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat cawangan masing- masing.Kini tinggal enam cawangan lagi - yang dianggap " PENENTU" masa depan UMNO Putrajaya. Sementara itu malam tadi, satu lagi kejutan politik berlaku di bahagian Setiausaha Agung UMNO tersebut apabila mesyuarat cawangan Tanjung ditangguhkan lagi kedua.Penangguhan mesyuarat tersebut untuk kali kedua telah mencetuskan pelbagai ramalan dan spekulasi di Putrajaya malam tadi. Untuk rekod mesyuarat cawangan tersebut ditangguhkan pada kali pertama pada 2hb Ogos yang lepas.
Wilayahkini
difahamkan kedudukan Tengku Adnan untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian begitu cerah sekiranya ada pertandingan, namun penyokong - penyokong Tengku Adnan mahukan beliau menang tanpa bertanding. Di satu sudut yang lain pula kemunculan , nama Ahmad Fairuz yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Biro Latihan UMNO Pusat sebagai calon Ketua Bahagian secara mendadak telah menambahkan pelbagai " kemusykilan politik " di Putrajaya malah menjadi perhatian negara.
Wilayahkini juga telah mendapat info , penyokong Ahmad Fairuz begitu yakin akan mendapat dua pencalonan minggu ini sekaligus menempah tiket untuk bertanding Ketua Bahagian. Setelah Bahagian Putrajaya digemparkan berita mengenai - kegagalan menghantar penyata kepada ROS sebelum ini , kini Putrajaya telah di kejutkan dengan perhitungan antara Ahmad Fairuz dan Tengku Adnan.
Sementara itu, Datuk Khairudin Osman yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang sebelum ini di war- warkan akan bertanding menentang Tengku Adnan sebelum ini , juga dikatakan akan hadapi saingan yang sengit untuk perebutan jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Perebutan untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian - khususnya melibatkan penyandang Datuk Ahmad Zaki juga dikatakan semakin rancak. Kita tunggu laporan yang selanjutnya selepas ini !

Wednesday, August 13, 2008

UMNO TITIWANGSA : SULEIMAN TERUS MARA ; ANAK SULEIMAN BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA ; PERSAINGAN SENGIT DIJANGKA ANTARA ROSMAN ( MITV) dan JO KFC !

Titiwangsa ( WILAYAHKINI ) -- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad meneruskan langkah kiri dan kananya untuk dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa tanpa bertanding. Lebih daripada 61 ( laporan yang diterima Wilayahkini) cawangan yang telah bersidang sehingga hari ini telah mencalonkanya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian.
Suleiman yang juga merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang digelar sebagai " Ironman Titiwangsa" sekali lagi berjaya membuktikan kekuatanya di bahagian Titiwangsa yang menjadi tempat ataupun markas politik Suleiman sejak dulu lagi.
Kini semua tumpuan tertumpu kearah jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimana pertandingan sengit dijangka berlaku di antara penyandang Datuk Johari Ghani ( KFC Jo ) dan juga AJK Bahagian Datuk Rosman. Kedua - dua mereka telah berjaya mendapatkan pencalonan yang mencukupi.Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula , penyandang Affendi Zahari dikatakan akan ditentang oleh seorang lagi AJK Bahagian , Datuk Aziz Jamaluddin ( Calon BN Titiwangsa PRU12 tetapi tewas).Namun , Wilayahkini difahamkan Aziz masih belum cukup lagi mendapat kuoata pencalonan. Manakala bagi jawatan Ketua Pemuda pula, penyandang Naib Ketua Pemuda Idham Yasser yang juga merupakan anak kepada Datuk Seri Suleiman bakal dicabar oleh Azzizul Rahman jawatan Ketua Pemuda Bahagian.
KETUA PEMUDA ; SIAPA JADI PILIHAN ?
Wilayahkini difahamkan perhitungan antara Idham dan Azzizul dijangka menarik perhatian selepas penyandang Ketua Pemuda Ahmad Zuhri bersara dari Pemuda atas faktor usia.Ahmad Zuhri dikatakan akan bertanding bagi jawatan AJK Bahagian. Akan adakah angin perubahan di Pemuda kali ini? Ada yang yang tidak mahu melihat anak dan bapa menguasai Bahagian dan Pemuda. Tetapi, ada ahli Pemuda berpendapat Idham mempunyai "kelebihanya" yang tersendiri sebagai Naib Ketua Pemuda.Walaupun Idham dilihat sebagai orang kuat Mukhriz tetapi dalam percaturan jawatan Ketua Pemuda Bahagian , faktor tersebut dikatakan tidak banyak mempengaruhi para pemuda untuk memilih Idham sebagai Ketua Pemuda baru.
Sejauh mana kekuatan Azzizul untuk menandingi pencabarnya? "Sentuhan Suleiman" dijangka akan menjadi satu faktor utama - bagi menentukan kejayaan anaknya.
Sementara itu, Wilayahkini juga mendapat info bahawa Hazrina dijangka akan menang tanpa bertanding sebagai Ketua Puteri manakala Khadijah Alang Ibrahim juga dijangka menang tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita. Apapun Titiwangsa tetap dibawah - penguasaan Datuk Seri Suleiman Mohamad !

LABUAN KEMBALI BERGOLAK ; GARA- GARA SIASATAN KES BPR ; SAYA TAK DI SIASAT BPR KATA SUHAILI ! SAYA NAFI ADA PENIPUAN PROJEK KATA YUSUF !

Labuan ( WILAYAHKINI ) -- Percaturan politik Labuan semakin hangat dan menarik bagaikan pertandingan silat , hari ini Labuan dikejutkan pula dengan satu laporan akhbar mengenai seorang pemimpin Labuan sedang di siasat oleh BPR.Berita tersebut bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat di Labuan malah telah mendapat liputan meluas akhbar - akhbar Labuan - muka depan.Semakin hangat dan sensasi. Ahli Parlimen Labuan yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Labuan , Datuk Yusuf Mahal nafi wujud penipuan projek ( SILA BACA DISINI ) .Manakala Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman pula berkata" Saya tidak di siasat oleh BPR" ( SILA BACA DISINI ).Sementara itu kedudukan terkini di politik UMNO Labuan menyaksikan Suhaili telah mendapat 16 pencalonan manakala Yusuf Mahal 2 pencalonan seatkat hari ini. 2 cawangan telah diarahkan "bermesyuarat semula". Sebanyak 21 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat dan bakinya tinggal 9 cawangan lagi termasuk cawangan Layang - Layang, Kilan,Ganggarak,Sungai Labu, Durian Tanjung,Pantai, Patau - Patau 1 dan Bukit Kalam.Apakah insiden siasatan laporan BPR akan menyebabkan satu "turning point" di Labuan selepas ini. Apapun, pertama kali Labuan menjadi perhatian umum selepas beberapa insiden yang kontroversi gara - gara " face off " antara Suhaili dan Yusuf Mahal dimana Yusuf Mahal yang baru empat lebih terpilih menjadi Ahli Parlimen Labuan.Apa lagi selepas ini ? Sementara itu beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Datuk Yusuf Mahal berhubung laporan ACA tersebut dimana NST juga telah menyiarkan kenyataan Yusuf Mahal di muka hadapan hari ini. Yusuf Mahal menafikan sama sekali kewujudan unsur penipuan. malah beliau berkata "ini semua taktik agenda permainan politik kerana isu ini ditimbulkan semasa pemilihan UMNO dimana saya telah menawarkan bertanding jawatan Ketua Bahagian ", Katanya.

BPR BOLEH MASUK DAN SIASAT KES POLITIK WANG DALAM UMNO KATA PAK LAH !

Kuala Lumpur - Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata BPR boleh menyiasat kes politik wang yang melibatkan pemilihan UMNO.Ibu Pejabat UMNO telah membuat penentuan supaya BPR boleh masuk dan membuat penyiasatan , katanya.Dengan perkembangan terkini tersebut, akan adakah tindakan drastik daripada BPR selepas ini ? Sebelum ini, Wilayahkini juga turut melaporkan berita bertajuk mengenai " fenomena mendapatkan pencalonan" di Wilayah Persekutuan gara- gara politik wang.Kini terpulang kepada ahli -ahli UMNO di Wilayah Persekutuan untuk bertindak.BPR di pihak anda. Bagaimana di Wilayah Persekutuan? Sila Klik Disini -Bernama.com ver 5.0. Sementara itu, Ketua UMNO Cheras Senator Syed Ali pula berkata pembenterasan politik wang harus bermula diperingkat atasan - Sila Klik Disini !

Tuesday, August 12, 2008

CALON PILIHAN SERTA YANG BERKALIBER UNTUK JAWATAN PUTERI EXCO MALAYSIA ; WAKIL WP - SIAPA PILIHAN ANDA DAN KENAPA ?

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Perkembangan Puteri di semua bahagian semakin menarik sehingga ahli -ahli Puteri di Wilayah Persekutuan sudah mula lantang untuk menyuarakan idea serta pendapat mereka demi kebaikan UMNO dan masa depanya.Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel dari rakan Puteri mengenai calon yang paling berkaliber untuk mewakili Wilayah Persekutuan untuk jawatan Exco.Walaupun Wilayahkini ada mendengar beberapa nama telah mula diketengahkan,namun demi berlaku adil kepada semua pihak Wilayahkini telah membuat ketetapan supaya ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan yang layak memilih calon yang berkaliber serta yang paling sesuai untuk jawatan Exco Puteri Malaysia dengan bebas .Pergerakan Puteri UMNO WP tersadai begitu sahaja dibawah kepimpinan Azlinda Rashad.Ini adalah realiti yang sebenar. Kini, puteri - puteri di Wilayah Persekutuan perlu mula megatur langkah yang drastik untuk memulihkan semuala imej Puteri dari peringkat cawangan , bahagian , negeri dan juga nasional.Kita kena mulakan dari sekarang.Sepertimana yang sering diungkapkan oleh Wilayahkini - Pencarian Puteri sudah bermula.Kami juga tahu, ramai calon yang berkaliber ada di WP khususnya di Segambut, Batu, Setiawangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Labuan, Cheras, Seputeh dan Wangsa Maju.Kami juga ada dengar ada calon - calon yang mahu bertanding jawatan Exco secara " solo" ? Kini wakil WP , Datin Ismalina sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Nasional.Siapa pula yang layak untuk Exco atau berminat untuk menawarkan diri? Pilihlah calon yang berkaliber.Berikan cadangan dan pendapat anda.Wilayahkini akan "angkat" nama yang diketegahkan diperingkat yang lebih tinggi lagi.Sekali kami ingin ingatkan, berikanlah komen secara berhemah untuk kebaikan kita bersama.Mungkin dari sini bermulah pencarian untuk bakal Ketua Puteri WP dan Naib?
(Gambar : Azlinda dan juga gambar hiasan- Puteri )